Ahmad Said Jawab Fitnah PAS Tentang Zoo Dan Pusat Tekstil Di Kemaman
Namun begitu, dalam satu sidang media selepas majlis perasmian Kedai Rakyat Satu Malaysia di Jalan Air Putih pagi tadi, Calon ADUN Kijal, Dato' Sri Ahmad Said menjawab tuduhan PAS yang disifatkan agak melulu dan keterlaluan. PAS dilihat bagaikan tiada isu untuk dibangkitkan untik meraih undi rakyat Kemaman.
Menurut Dato' Sri Ahmad Said, Pembinaan Pusat Tekstil yang dilihat sudah siap sebenarnya belum siap sepenuhnya. Infrastruktur bangunan sememangnya dilihat sempurna. Namun begitu, masih terdapat masaalah penyaluran bekalan air ke bangunan Kompleks Pusat Tekstil tersebut. Kenapa PAS membuat tuduhan pembinaan Pusat Takstil tersebut membazir sedangkan ianya belum beroperasi.
![]() |
FITNAH PAS KEMAMAN TERHADAP BN |
Pas juga menuduh kerajaan negeri terengganu Membazirkan wang dengan membeli zirafah, badak air dan kuda belang. Namun begitu, binatang tersebut langsung tidak ditempatkan di dalam Mini Zoo Tersebut. Calon BN DUN Kijal menyeru rakyat agar ke Zoo tersebut untuk melihat sendiri adakah benar atau tidak Fitnah PAS terhadap kerajaan BN di Terengganu.
PAS hanya tahu mengkritik sahaja setiap pembangunan yang dibawakan oleh kerajaan BN di Terengganu. Mereka langsung tidak pernah memberi idea untuk pembangunan demi menjana ekonomi sentepat. Mereka hanya menjanjikan perkara-perkara yang langsung tidak menggalakkan peningkatan ekonomi sesebuat tempat.
-papa-
0 comments:
Post a Comment