Shabery Cheek Rasmi Tiga Mini RTC Wilayah Ketengah
KERTEH - RTC atau dikenali Pusat Transformasi Luar Bandar memainkan peranan yang amat penting dalam memajukan industri ekonomi luar bandar. RTC ialah pusat kemudahan yang ditubuhkan untuk menggabungkan kampung-kampung yang berdekatan dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti bercorak nilai-tambah yang tinggi. Mini RTC yang bakal didirikan di Kerteh ini terbahagi kepada 3 kawasan iaitu, MRTC Felda Kerteh 6, MRTC Felda Kerteh 2, MRTC Durian Mentangau.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiGQqeqedexWoo2UgRhvXL6IIVYkgEiW7gJMNqZYDcPHngs5v4TgIZ3GRMXclXNclmwi3yOnOw9mngfsAWV7vYbOb2zFYCkmXpDB3Qw2NX6h4SX_eNgWN9g3zeIkLu6eRj5U2fqkeW3FWFb/s640/DSC_0063.jpg)
Pusat ini yang merupakan satu hentian kepada pelbagai perkhidmatan menyediakan pelbagai inisiatif yang membentuk usahawan yang berdaya saing serta berupaya meningkatkan kualiti dan kuantiti sesuatu produk. Di sini penduduk-penduduk tempatan akan diberi latihan kemahiran dan mereka juga akan didedahkan dengan program-program khas pembangunan usahawan.

Shabery Cheek dalam ucapannya berkata pusat ini bakal memberi impak yang positif kepada golongan usahawan setempat kerana menyediakan pelbagai prasarana yang menguntungkan mereka. Ianya juga bakal melahirkan lebih ramai usahawan kerana faktor kewujudannya juga mendorong para belia mempertingkatkan ekonomi setempat.
Pusat ini yang merupakan satu hentian kepada pelbagai perkhidmatan menyediakan pelbagai inisiatif yang membentuk usahawan yang berdaya saing serta berupaya meningkatkan kualiti dan kuantiti sesuatu produk. Di sini penduduk-penduduk tempatan akan diberi latihan kemahiran dan mereka juga akan didedahkan dengan program-program khas pembangunan usahawan.
Di samping itu juga, pusat ini menyediakan kios informasi 1 Malaysia yang berperanan sebagai tempat berkongsi serta bertukar maklumat dan pengetahuan sekaligus menjana pemikiran kritis para usahawan dalam merebut peluang yang ada.
Selain itu, pusat ini berupaya untuk menguruskan rantaian bekalan hasil pertanian di mana pusat ini akan menjual produk-produk pertanian dan menyediakan pemprosesan produk agro makanan berbentuk nilai-nilai tinggi secara terus sekaligus membeli bekalan dan perkhidmatan untuk pengguna dengan harga yang rendah.
Dalam usaha meningkatkan lagi produktiviti masyarakat setempat, pihak RTC juga menjalinkan kerjasama dengan beberapa universiti terpilih. Ini adalah untuk membantu usahawan dalam proses mengeluarkan produk yang lebih berkualiti.
Pihak RTC juga memberi kemudahan pembiayaan kewangan kepada para usahawan dalam membantu meringankan beban berserta perkhidmatan lain yang bersesuaian dengan gerak kerja mereka sekaligus membantu kelangsungan usahawan setempat dalam merealisasikan cita-cita dan hasrat murni mereka dalam menjadi usahawan berjaya.
-AZ-
-AZ-
0 comments:
Post a Comment