BN Dan PAS Kampung Pasir Gajah Kemaman Bersatu Hati Demi Kemajuan

PUAN ZAITON AJK WANITA UMNO KAMPUNG PASIR GAJAH

"Demi kemajuan kampung Pasir Gajah, kami bersatu dan hidup dengan harmoni demi masa depan anak bangsa kami"

Begitulah semagat yang ditunjukan oleh Puan Zaiton Binti Abdul Rahman, Peniaga kedai kopi di Kampung Pasir gajah Kemaman. Beliau yang dilahirkan dalam keluarga yang menyokong UMNO meneruskan  perjuangan dan kini beliau merupakan AJK Wanita UMNO Kampung Gajah.

Beliau bersyukur kerana keharmonian dua parti yang berbeza idiologi dapat duduk semeja dan tidur sebantal. Warung yang diusahakan oleh Puan Zaiton juga merupakan tempat bertandang anak-anak muda yang terdiri dari parti PAS dan BN. Kesemua hidup dalam aman dan sentiasa bekerjasama.

Begitu juga dengan kenyataan Ketua Pemuda PAS kampung Pasir Gajah, saudara Abd Rahman, beliau juga menyatakan bahawa pemuda-pemuda di kampung tersebut boleh bermain futsal bersama walaupun berlainan parti politik. Mereka Dapat bersatu dalam apa jua aktiviti demi penyatuan ummah.

KETUA PEMUDA PAS KAMPUNG PASIR GAJAH

"Kami sama-sama berkongsi gelanggang futsal, surau, track motocross dan lepak bersama di kedai kopi"

"Apa yang kami (PAS) perjuangkan ialah keadilan untuk rakyat. Sekiranya kerajaan buat salah, kami akan tegur demi kepentingan semua masyarakat kampung"

Ketua Pemuda PAS Kampung Pasir Gajah yang dilihat berfikiran terbuka seharusnya menjadi contoh kepada semua pengikut PAS di seluruh Malaysia. Jangan terlalu taksub dengan parti PAS dan sentiasa mencari kesalahan BN walaupun sekecil-kecil kuman.

Yang berbeza hanya fahaman dan idiologi sahaja, Namun kehidupan harmoni penduduk Kampung Pasir Gajah harus dicontohi oleh semua masyarakat di seluruh Malaysia. Tiada guna bertelagah sesama sendiri kerana ianya hanya akan merugikan bangsa Melayu itu sendiri.

-papa-

0 comments:

Post a Comment