#PRU13 #P040 - PAS Lebong Kuat!!!

Tidak pernah serik nampaknya parti PAS dalam merencanakan sesuatu yang tak masuk dek akal. Tidak semudah merangka pelan baru, semuanya memerlukan perancangan yang teliti. Ini tidak, semua main redah saja.

Manifesto Bukan Janji, itulah yang dilaungkan oleh beberapa orang atasan PR. Ternyata ianya langsung tidak munasabah. Cuba bandingkan 4 buah negeri di bawah pemerintahan PR. Ianya jelas memperlihatkan kelemahan PR dalam mentadbir negeri di bawah naungan mereka kerana kerap menimbulkan konflik yang merugikan parti itu sendiri.

Pada Februari yang lalu, mereka telah mengumumkan manifesto bukan janji untuk negeri. Antara kandungan manisfesto tersebut ialah memberi air percuma, memberi cuti bergaji buat para penjawat awam yang kematian suami selama 30 hari, mengembalikan hak rakyat seperti royalti minyak yang kononnya dirampas oleh kerajaan negeri, menjanjikan 17, 000 peluang pekerjaan dan pelbagai lagi janji yang kononnya demi rakyat.


Persoalannya, adakah manifesto tersebut benar-benar mampu dilakukan?? Setakat mahu mengambil hati rakyat dengan menabur janji manis, baik tak payah. Rakyat bukannya bodoh untuk menilai. Jika kita bandingkan situasi sekarang jauh lebih baik berbanding dahulu.

Kerajaan Barisan Nasional sentiasa bertungkus-lumus menyediakan pelbagai inisiatif yang meringankan beban rakyat. Sebuah kerajaan yang baik adalah sebuah kerajaan yang stabil dari segi ekonomi dan politiknya.

Kerajaan yang mampu menjaga rakyatnya, menyediakan infrastruktur demi kemudahan rakyat, dan berusaha sebaik mungkin dalam memajukan negara demi kepentingan rakyatnya.

Jadi, di sini kita dapat menilai dengan baik, parti mana yang menjaga rakyatnya. Gagasan 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh PM, Datuk Seri Najib Razak benar-benar membawa perubahan yang amat ketara.

Semua rakyat di Malaysia mendapat pembelaan yang sewajarnya menerusi program-program yang telah disusun dan diperuntukkan khas di bawah projek 1Malaysia. Pelbagai bantuan kepada rakyat diberi dengan adil dan saksama.

Hanya mereka yang tidak reti bersyukur sahaja mengeluh walaupun mendapat pelbagai nikmat yang diberikan kepada mereka melalui kerajaan. Yakinilah BN!

-AZ-

0 comments:

Post a Comment