Husam Musa Melalut Terdesak Mahu Tawan Putrajaya
Husam Musa meroyan lagi ekoran dari kenyataan berani mati yang dilontarkannya mengenai cadangan mahu menangguhkan Festival Belia Putrajaya jika menang PRU akan datang. Apa yang mahu dibuktikan Husam Musa sebenarnya? Adakah sengaja untuk menyemarakkan spekulasi murahan beliau?
Husam Musa mungkin tidak sedar, program yang dilakukan oleh kerajaan khasnya buat para belia telah banyak membantu belia menyumbangkan bakat serta kreativiti mereka. Aktiviti ini bukan sahaja dapat mengelakkan para belia dari terjerumus ke arah perkara yang negatif, malah membantu mengurangkan masalah sosial sedia ada.
Bayangkan, jika dahulu para belia tiada tempat mahu menyemaikan bakat mereka, banyak contengan eyang kita lihat pada dinding-dinding di tempat-tempat awam. Perkara ini amat memalukan negara kerana aktiviti vandalisme ini mengundang pelbagai andaian negatif buat para pelancong.
Menteri Belia dan Sukan, Ahmad Shabery Cheek berkata penganjuran Festival Belia Putrajaya(FBP) yang dianggap membazir oleh Husam adalah tidak benar kerana sebahagian besar kos ditaja oleh pihak swasta. Malah, Shabery Cheek turut mempelawa Husam ke festival itu dan menyaksikan sendiri persekitarannya. Husam Musa mungkin tidak faham bahawa FBP adalah satu penjenamaan semula dari Himpunan Jutaan Belia.
Festival Belia Putrajaya adalah tempat untuk para belia mempamerkan kreativiti mereka. Ahmad Shabery turut beranggapan Husam bukan sahaja mahu menangguhkan penganjuran festival tersebut, malah menggadai pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu.
Penempatan Husam Musa sebagai calon Putrajaya berkemungkinan besar adalah proses menggadai Putrajaya jika pakatan menang. Namun begitu, Ahmad Shabery menegaskan bahawa festival tersebut akan tetap diteruskan.
Ahmad Shabery turut memberitahu bahawa sempena FBP semua tempat telah ditempah dan kebanyakan peserta telah membayar wang pendahuluan. Jadi dari segi manakah pembaziran yang dikatakan oleh Husam Musa itu?
-AZ-
-AZ-
0 comments:
Post a Comment