Shabery Cheek Berkempen Sehingga Larut Malam
Bahang PRU 13 kini semakin panas dirasakan. Calon-calon berkempen tanpa mengira masa siang dan malam sehingga ada yang berkempen sehingga larut malam. Tidak terlepas juga calon BN Parlimen Kemaman, Ahmad Shabery Cheek, Beliau bekerja keras berkempen untuk bertemu dengan rakyat.
Beliau yang keluar berkempen seawal Jam 8.00 pagi sering kali pulang ke penginapan beliau selewat 1.00 pagi. Begitulah komited sorang pemimpin berkempen untuk memenangi hati rakyat agar terus setia menyokong Barisan Nasional.
Dalam siri lawatan Shabery Cheek ke PDM-PDM yang berada di bawah Parlimen Kemaman, Beliau sering kali memperingati rakyat yang ditemui agar sentiasa ingat bahawa BN Kemaman telah mengusahakan pelbagai perkara untuk rakyat dan sayangilah ia sepertimana rakyat menyayangi anak sendiri.
Jangan dibiarkan semua usaha kerajaan yang diberi kepada rakyat disia-sia kan dan membiarkan semuanya jatuh ke tangan Pakatan Rakyat yang sebelum ini hanya tahu mempertikaikan usaha yang dilakukan oleh kerajaan.
Malam tadi Shabery Cheek sempat melawat Tapak Konsert Pop Yeh-yeh di Pantai Kemasik dan seterusnya melawat PDM Kampung Sri Bandi. Sambutan yang hangat diberikan oleh penduduk kampung dan mendengar amanat dari beliau.
Seterusnya Shabery Cheek ke PDM Kampung Padang Kubu. Rombongan jelajah PDM tiba ke situ lebih kurang jam 12.00 tengah malam. Walaupun di kelewatan malam, rombongan Calon Parlimen disambut meriah oleh sepasukan konvoi motosikal dan mengiringi rombongan ke tapak PDM Kampung Padang Kubu.
Setelah memberi amanat, Shabery Cheek duduk bersantai bersama rakyat yang sanggup menunggu ketibaan beliau walaupun di kelewatan malam. Shabery meluahkan rasa terharu kerana masyarakat Kampung Padang Kubu sanggup menunggu kehadira beliau.
GAMBAR SEKITAR LAWATAN KE PDM
BERTEMU RAKYAT DI TAPAK KONSERT POP YEH YEH |
DI PDM KAMPUNG SRI BANDI |
WANITA UMNO KAMPUNG SRI BANDI |
12.00 TENGAH MALAM DI PDM KAMPUNG PADANG KUBU |
PERSIAPAN POSTER KEMPEN PDM KAMPUNG PADANG KUBU |
-papa-
0 comments:
Post a Comment