IKBN Kemasek Bakal Jadi Pusat Interaksi Antara Belia
KEMASEK - Walaupun sibuk dengan pelbagai program namun calon Barisan Nasional Parlimen Kemaman, Ahmad Shabery Cheek berkesempatan melawat Institut Kemahiran Belia Negara(IKBN) Kemasek.
Beliau yang hadir ke sini meluangkan masa bersama para pelajar memberi pelbagai pendedahan yang berinformatif buat mereka. Beliau juga menyatakan kesudian pihak Kementerian Belia dan Sukan untuk menambah kemudahan yang sedia ada untuk kepentingan bersama.
Selain itu, IKBN ini yang memfokuskan pengajian dalam bidang hospitaliti dan perkhidmatan haruslah melahirkan pelajar yang betul-betul cemerlang dalam mencipta jenama tersendiri. Beliau menasihati para pelajar agar gigih dalam membuat apa-apa jua pekerjaan.
Tambahnya lagi, IKBN juga terdapat pusat belia atau lebih dikenali 'youth port' untuk para belia bertukar-tukar pendapat dan berkongsi maklumat. Pengunjung dari luar juga boleh datang ke sini, dan tempat ini boleh dijadikan satu pusat interaksi antara belia dan masyarakat.
Baginya, seseorang pelajar itu haruslah pandai bergaul, tidak terhad dalam kalangan rakan-rakan sahaja, malah dengan orang awam. Ini adalah penting bagi mendidik sifat kepimpinan dalam diri mereka. InsyaALLAH, dengan adanya usaha yang berterusan, IKBN ini bakal menjadi pusat interaksi yang penting dalam kalangan belia.

0 comments:
Post a Comment