Jangan Sampai Menemui Ajal Ketika Berkempen


Sememangnya kita selalu berkata "ajal maut di tangan tuhan". Bukan setakat orang islam sahaja yang menyebutnya, tetapi semua bangsa mengamalkan ayat tersebut. Ianya bagai mengingati kita semua bahawa maut itu bukan lah di tangan kita dan bukan kuasa kita untuk tentukan.

Walau bagaimanapun, bak kata pepatah, rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari. Apabila merujuk pada gambar pertama, sudah pasti anda nampak dengan jelas betapa bahayanya perlakuan mat motor penyokong pakatan rakyat di Bandar Cukai Kemaman. Berarak dengan motosikal membawa bendera yang sangat besar.

Ianya bukan sahaja merbahayakan diri sendiri, malah pemandu yang lain juga. Dengan saiz bendera yang terlalu besar begitu, apa sahaja boleh berlaku. Kemungkinan akan berlaku kemalangan maut sekiranya bendera tersebut terjatuh ke arah penunggang motosikal lain semasa berarak.


Lihat gambar ke dua di atas. Penyokong parti sanggup memanjat bukit yang tinggi untuk meletakkan bendera bagi kempen PRU. Bendera yang dipasangkan di Bukit Geliga di Kemaman dilihat tersergam indah. Namun begitu, adakah mereka yang memasang bendera tersebut menitikberatkan ciri-diri keselamatan ketika memasang?

Bahaya sentiasa menanti walau di mana sahaja. Diharap semua penyokong parti yang bertanding lebih berhati-hati semasa berkempen. Harus diingatkan juga kepada mereka yang memasang bendera di tiang-tiang elektrik. Berhati-hatilah kerana ianya boleh meragut nyawa anda sekiranya terkena renjatan elektrik tersebut.

Walaupun sudah menjadi lumrah PRU, perang poster pasti berlaku di mana-mana sahaja. Namun harus diingat, poster yang banyak bukan penentu kemenangan calon. Kempen bersama pengundi adalah lebih berkesan dari memasang poster PRU yang banyak. Oleh itu, berwaspadalah anda ketika menjalankan tugas untuk parti masing-masing.

-dady-

0 comments:

Post a Comment