GEMPAR DAN PELIK..!! Bendera Pulau Pinang Dan Perak Berkibar Di Kemaman


Dalam kesibukan berkempen memasang bendera dan poster calon di Bandar Chukai, terdapat sedikit keganjilan parti politik pembangkang yang dapat dilihat berhampiran dengan Pusat PAS kemaman dan kawasan sekitar.

Jika diteliti, anda akan dapat melihat bendera Negeri Pulau Pinang dan Perak dipasang di situ. Mungkin agak janggal dilihat apabila bendera negeri lain berada di Terengganu. Apakah muslihat pembangkang di Kemaman melakukan kempen sebegitu?

Sudah pasti ramai yang keliru dengan kewujudan bendera negeri lain di tengah-tengah Bandar Chukai. Adakah tujuan pembangkang di Kemaman untuk mengibarkan bendera negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat? Tepuk dada, tanya selera. Walau bagaimanapun, bendera Negeri Kelantan dan Kedah masih belum dapat dikesan.


Gambar di atas telah berjaya dirakamkan pada petang tadi. Lokasinya berhampiran dengan Kedai Kopi Hai Peng di tengah Bandar Chukai. Bendera negeri Perak yang dipasang sebaris dengan bendera PAS sudah pasti kelihatan agak ganjil dan membuatkan penduduk setempat tertanya-tanya.

Adakah kerana penyokong Pakatan Rakyat di Kemaman tidak sayangkan negeri Terengganu sehinggakan sanggup mengibarkan bendera negeri lain di tanah air sendiri? Politik apakah yang sedang dimainkan oleh PR di Terengganu terutamanya Kemaman?

Keadan ini mungkin akan mengelirukan pelancong luar negara atau domestik apabila bendera negeri lain dipasang di negeri lain. adalah tidak wajar PR di Kemaman bersikap demikian. Sekiranya mereka sayangkan tanah air mereka iaitu Terengganu, sudah pasti mereka akan mengibarkan bendera negeri Terengganu.

-papa-

0 comments:

Post a Comment