Detik Ishtihar Kemenangan Bergaya Ahmad Shabery Cheek


TAHNIAH BUAT CALON BN PARLIMEN KEMAMAN,
AHMAD SHABERY CHEEK KERANA MENANG DENGAN MAJORITI YANG TINGGI.

SYABAS & TAHNIAH!! 

Tidak lupa kepada Jentera-Jentera BN yang bertungkus-lumus siang dan malam dlm perjuangan untuk kemenangan ini dengan usaha & titik peluh. Ditambah lagi dengan dugaan & cabaran kerja kotor dari pihak lawan. Akhirnya Kemenangan dipihak yang BENAR.. alhamdulillah.. Syukur

KEPUTUSAN PENUH PRU13 PARLIMEN KEMAMAN


KEPUTUSAN PENUH BAGI PARLIMEN & DUN KEMAMAN PRU13

[P040 - PARLIMEN KEMAMAN]
Ahmad Shabery Cheek (BN) - 45,525 Undi
Kamaruddin Chik (PKR) - 33,219 Undi
MAJORITI - 12,306 Undi

[N30 - DUN KIJAL]
Dato' Seri Ahmad Bin Said (BN) - 10,574 Undi
Hazri Bin Jusoh (PAS) - 6,370 Undi
MAJORITI - 4,204 Undi

[N29 - DUN KEMASIK]
Ir Rosli Othman (BN) - 8,230 Undi
Che Alias Bin Hamid (PAS) - 7,332 Undi
Zulkiflee Bin Salleh (BEBAS) - 638 Undi
MAJORITI - 898 Undi

[N31 - DUN CHUKAI]
Hanafiah Mat (PAS) - 12,457 Undi
Dato' Wan Ahmad Nizam (BN) - 10,011 Undi
MAJORITI - 2,446 Undi

[N32 - DUN AIR PUTIH]
Tuan Haji Wan Abdul Hakim bin Tan Sri Wan Mokhtar (BN) - 13,523 Undi
Ab Razak Ibrahim (PAS) - 9,890 Undi
MAJORITI - 3,633 Undi

SUMBER: SPR

TAHNIAH!! DS Shabery Cheek Menang Bergaya

Tahniah buat Ahmad Shabery Cheek kerana memenangi kerusi Parlimen Kemaman P040. Majoriti kali nie lebih kurang sama dengan majoriti yang sebelum nie. Alhamdulillah..


UPDATE 1:36 PM - Perkembangan Terkini Keluar Mengundi & Sokongan

Peratus Keluar Mengundi Setakat Pukul 12 Tengahari dan Peratusan Sokongan BN

[PENANG]

1. Kepala Batas
- Peratusan keluar mengundi 38 %
- 53 peratus sokongan kepada BN

2. Tasek Gelugor
- Peratusan keluar mengundi 32 %
- 51 peratus sokongan kepada BN

3. Permatang Pauh
- 23 % keluar mengundi
- 51.8 % sokongan kepada BN

[KEDAH]

1. Alor Setar
- 14 % keluar mengundi
- 58 % kepada BN

2. Pendang
- 27 % keluar mengundi
- 53 % sokongan kepada BN

3. Jerai
- 31 % keluar mengundi
- 53 % sokongan kepada BN

4. Sg Petani
- 23 % keluar mengundi
- 55 % kepada BN

5. Baling
- 26 % keluar mengundi
- 53 % BN

[PERLIS]

1. Arau
- 40 % keluar mengundi
- 56 % sokongan kepada BN

[KELANTAN]
1. Pasir Mas
- 15 % keluar mengundi
- 57 % BN
2. Bachok
- 19 % keluar mengundi
- 54 % sokongan kepada BN

[TERENGGANU]

1. Kuala Terengganu
- 21 % keluar mengundi
- 55 % BN

2. Marang
- 23 % keluar mengundi
- 52 % menyokong BN

[PERAK]
1. Parit Buntar
- 18 % keluar mengundi
- 53 % menyokong BN

2. Bagan serai
- 9 % keluar mengundi
- 56 % menyokong BN

3. Bukit Gantang
- 25 % keluar mengundi
- 54 % sokongan kepada BN

4. Taiping
- 36 % keluar mengundi
- 51 % BN

5. Beruas
- 22 % keluar mengundi
- 51.5 % BN

6. Kuala Kangsar
- 32 % keluar mengundi
- 56 % BN

[SELANGOR]

1. Kuala selangor
- 18 % keluar mengundi
- 57 % BN

2. Gombak
- 15 % keluar mengundi
- 57 % BN

3. Pandan
- 11 % keluar mengundi
- 60 % sokongan kepada BN

4. Shah Alam
- 19 % keluar mengundi
- 60 % BN

[WILAYAH PERSEKUTUAN]

1. Batu
- 25 % keluar mengundi
- 53 % BN

2. Wangsa Maju
- 38 % keluar mengundi
- 52 % BN
3. Titiwangsa
- 22 % keluar mengundi
- 54 % BN

4. Lembah Pantai
- 22 % keluar mengundi
- 57 % sokongan kpd BN

5. Putrajaya
- 15 % keluar mengundi
- 70 % sokongan kepada BN

[NEGERI SEMBILAN]

1. Seremban
- 27 % keluar mengundi
- 52 % BN

2. Teluk Kemang
- 30 % keluar mengundi
- 52 % BN

[JOHOR]

1. Segamat
- 16 % keluar mengundi
- 57 % BN

2. Johor Bharu
- 21 % keluar mengundi
- 57 % BN

3. Gelang Patah
- 22 % keluar mengundi
- 55 % BN

Kepada Rakyat yang belum keluar mengundi, jom keluar mengundi. Inilah masa untuk tentukan kerajaan yang mampu membawa #BetterNation & #Transformasi

Selamat Mengundi Warga Kemaman & Rakyat Malaysia

Hari yang ditunggu-tunggu dah tiba. Selamat Mengundi buat warga Kemaman & rakyat Malaysia. Tunaikan kewajipan anda semua yang hanya berlaku 5 Tahun sekali. Bersama kita imarahkan proses demokrasi yang subur di Malaysia setelah sekian lama.

InsyaAllah kami akan update perkembangan terkini di sini & FB --> https://www.facebook.com/pru13p40

Semoga BN terus Kekal Menerajui Terengganu & Malaysia.
Hidup BN! 


PAS Parti Pembohong Besar - Shabery Cheek


"Isu Zoo Kemaman ini sebenarnya menunjukkan PAS sudah ketandusan idea dan PAS sudah tidak ada isu lain".

Ahmad Shabery Cheek Calon Parlimen Kemaman hanya memberi jawapan pendek apabila ditanya isu yang disebarkan oleh pembangkang di Terengganu dengan menyatakan pembinaan Mini Zoo Terengganu adalah satu pembaziran.

Kita semua tahu bahawa setiap pembinaan projek untuk produk-produk perlancongan sudah pasti akan mendapat pulangan dan keuntungan kepada kerajaan negeri. PAS yang sering mengeluarkan sesuatu yang dianggap fakta, tetapi faktanya adalah salah termasuk tentang kos perbelanjaan dan sebagainya.

Tidak hairan lah sudah banyak pembohongan yang dibuat oleh PAS termasuklah kenyataan Husam Musa yang mengeluarkan kenyataan bahawa Himpunan Jutaan Belia Putrajaya menelan belanja sebanyak RM 30 Juta.

Menurut Shabery Cheek,Perbelanjaan RM30 Juta tersebut adalah perbelanjaan dari pihak swasta yang menaja program Himpunan Jutaan Belia. Kerajaan tidak pernah mengeluarkan wang sebegitu untuk dibelanjakan di HBN Putrajaya.

Husam musa yang mendakwa mempunyai dokumen juga dilihat satu pembohongan kerana sekiranya Husam Musa benar-benar mempunyai dokumen tersebut, itu bermakna beliau telah melanggar undang-undang dan sebenarnya dokumen tersebut tidak pernah wujud.

Shabery Cheek juga mengesahkan bahawa hanya pada tahun ini sahaja kementerian kewangan memberi peruntukan untuk program Hari Belia Negara  iaitu sebanyak RM 6 juta untuk melaksanakan Himpunan Jutan Belia Putrajaya 2013.

Pembangkang juga sering melungkan setiap projek kerajaan adalah pembaziran duit rakyat sehinggalah pembinaan Putrajaya juga ditentang sekeras-kerasnya. Kini lain pula ceritanya. Pembangkang pula setiap hari melaungkan ingin merampas Putrajaya.

-papa-

Perasmian Gelanggang Futsal 1 Malaysia Kampung Enjin Gergaji

KEMAMAN - Hari ini calon Barisan Nasional Parlimen Kemaman merangkap Menteri Belia dan Sukan Malaysia telah merasmikan satu lagi Gelanggang Futsal 1 Malaysia di Kampung Enjin Gergaji.

Dalam ucapannya, beliau mengucapkan terima kasih kepada mereka yang turut hadir menjayakan program ini. Antaranya ialah Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh, Santokh Singh, Ahmad Yusof dan lain-lain. Mereka adalah bekas pemain kebangsaan Malaysia yang pernah berjuang menaikkan nama negara ke arena antarabangsa melalui sukan bola sepak.

Selain itu, pelakon terkenal yang juga ikon belia Malaysia, Fizo Omar turut hadir memberi sokongan kepada calon kita. Tidak lupa juga, Azlan Iskandar, bekas jaguh squash No. 1 negara juga hadir menyokong kepimpinan Ahmad Shabery Cheek.


Ujarnya lagi, penduduk kampung Enjin Gergaji ini bertuah kerana dapat bertemu dengan bekas pemain bola sepak kebangsaan ini secara langsung. Katanya lagi, proses untuk bermain bola sepak adalah satu proses yang cukup rumit.

Ianya memerlukan latihan yang lama dan ianya agak menyiksakan bagi mereka yang tiada ketahanan mental yang kuat. Selain itu juga, permainan bola sepak ini dapat menjaga disiplin diri yang sememangnya diperlukan demi menjaga stamina melalui latihan yang berpanjangan.

Sungguhpun gigih menjalani latihan, ianya tidak akan memberi sebarang impak sekiranya tiada semangat kenegeraan. Oleh itu, pemain-pemain kita haruslah mempunyai sikap tidak mudah menyerah kalah. Oleh sebab itu, Malaysia agak kuat pada masa berkenaan.


Beliau berharap dengan kehadiran pemain veteran kebangsaan Malaysia ini, semangat dan kegigihan yang ditunjukkan boleh memberi semangat baru buat anak-anak muda dalam mencipta nama Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Ahmad Shabery Cheek juga turut melahirkan rasa syukur kerana dengan adanya gelanggang futsal ini, anak-anak muda dapat menubuhkan pasukan bola sepak mereka sendiri sekaligus mengelakkan mereka dari terjerumus ke arah perkara yang negatif.

Baginya, bola sepak melambangkan kesatuan tenaga dan semangat. Jika ada pihak yang mengatakan anak muda tiada tempat untuk berhimpun, maka ianya adalah satu penipuan. Di Kemaman sendiri, anak-anak muda sudah mempunyai pelbagai medium yang boleh salurkan kemahiran mereka.


-AZ-