PAS Parti Pembohong Besar - Shabery Cheek


"Isu Zoo Kemaman ini sebenarnya menunjukkan PAS sudah ketandusan idea dan PAS sudah tidak ada isu lain".

Ahmad Shabery Cheek Calon Parlimen Kemaman hanya memberi jawapan pendek apabila ditanya isu yang disebarkan oleh pembangkang di Terengganu dengan menyatakan pembinaan Mini Zoo Terengganu adalah satu pembaziran.

Kita semua tahu bahawa setiap pembinaan projek untuk produk-produk perlancongan sudah pasti akan mendapat pulangan dan keuntungan kepada kerajaan negeri. PAS yang sering mengeluarkan sesuatu yang dianggap fakta, tetapi faktanya adalah salah termasuk tentang kos perbelanjaan dan sebagainya.

Tidak hairan lah sudah banyak pembohongan yang dibuat oleh PAS termasuklah kenyataan Husam Musa yang mengeluarkan kenyataan bahawa Himpunan Jutaan Belia Putrajaya menelan belanja sebanyak RM 30 Juta.

Menurut Shabery Cheek,Perbelanjaan RM30 Juta tersebut adalah perbelanjaan dari pihak swasta yang menaja program Himpunan Jutaan Belia. Kerajaan tidak pernah mengeluarkan wang sebegitu untuk dibelanjakan di HBN Putrajaya.

Husam musa yang mendakwa mempunyai dokumen juga dilihat satu pembohongan kerana sekiranya Husam Musa benar-benar mempunyai dokumen tersebut, itu bermakna beliau telah melanggar undang-undang dan sebenarnya dokumen tersebut tidak pernah wujud.

Shabery Cheek juga mengesahkan bahawa hanya pada tahun ini sahaja kementerian kewangan memberi peruntukan untuk program Hari Belia Negara  iaitu sebanyak RM 6 juta untuk melaksanakan Himpunan Jutan Belia Putrajaya 2013.

Pembangkang juga sering melungkan setiap projek kerajaan adalah pembaziran duit rakyat sehinggalah pembinaan Putrajaya juga ditentang sekeras-kerasnya. Kini lain pula ceritanya. Pembangkang pula setiap hari melaungkan ingin merampas Putrajaya.

-papa-

0 comments:

Post a Comment