Perasmian Gelanggang Futsal 1 Malaysia Kampung Enjin Gergaji

KEMAMAN - Hari ini calon Barisan Nasional Parlimen Kemaman merangkap Menteri Belia dan Sukan Malaysia telah merasmikan satu lagi Gelanggang Futsal 1 Malaysia di Kampung Enjin Gergaji.

Dalam ucapannya, beliau mengucapkan terima kasih kepada mereka yang turut hadir menjayakan program ini. Antaranya ialah Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh, Santokh Singh, Ahmad Yusof dan lain-lain. Mereka adalah bekas pemain kebangsaan Malaysia yang pernah berjuang menaikkan nama negara ke arena antarabangsa melalui sukan bola sepak.

Selain itu, pelakon terkenal yang juga ikon belia Malaysia, Fizo Omar turut hadir memberi sokongan kepada calon kita. Tidak lupa juga, Azlan Iskandar, bekas jaguh squash No. 1 negara juga hadir menyokong kepimpinan Ahmad Shabery Cheek.


Ujarnya lagi, penduduk kampung Enjin Gergaji ini bertuah kerana dapat bertemu dengan bekas pemain bola sepak kebangsaan ini secara langsung. Katanya lagi, proses untuk bermain bola sepak adalah satu proses yang cukup rumit.

Ianya memerlukan latihan yang lama dan ianya agak menyiksakan bagi mereka yang tiada ketahanan mental yang kuat. Selain itu juga, permainan bola sepak ini dapat menjaga disiplin diri yang sememangnya diperlukan demi menjaga stamina melalui latihan yang berpanjangan.

Sungguhpun gigih menjalani latihan, ianya tidak akan memberi sebarang impak sekiranya tiada semangat kenegeraan. Oleh itu, pemain-pemain kita haruslah mempunyai sikap tidak mudah menyerah kalah. Oleh sebab itu, Malaysia agak kuat pada masa berkenaan.


Beliau berharap dengan kehadiran pemain veteran kebangsaan Malaysia ini, semangat dan kegigihan yang ditunjukkan boleh memberi semangat baru buat anak-anak muda dalam mencipta nama Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Ahmad Shabery Cheek juga turut melahirkan rasa syukur kerana dengan adanya gelanggang futsal ini, anak-anak muda dapat menubuhkan pasukan bola sepak mereka sendiri sekaligus mengelakkan mereka dari terjerumus ke arah perkara yang negatif.

Baginya, bola sepak melambangkan kesatuan tenaga dan semangat. Jika ada pihak yang mengatakan anak muda tiada tempat untuk berhimpun, maka ianya adalah satu penipuan. Di Kemaman sendiri, anak-anak muda sudah mempunyai pelbagai medium yang boleh salurkan kemahiran mereka.


-AZ-

0 comments:

Post a Comment