Biar Mereka Menggila Meraih "HON", Yang Penting BN Mendapat UNDI!!

Pakatan Rakyat memang sangat profesional dalam membuat lawak antarabangsa. Terbaru, mereka mengadakan 'flashmob' secara besar-besaran. Itu kata mereka.

Namun, adakah mereka benar-benar memahami apakah itu flashmob?? Ciri-ciri sebuah flashmob itu mestilah sebuah acara yang tidak terlalu dirancang dan tidak diketahui ramai terutama hebahan secara besar-besaran melalui media massa. Setiap persembahan perlulah mempunyai tujuan yang ingin disampaikan. 

Sayangnya, flashmob yang mereka rencanakan telah dikhabarkan ke serata Malaysia. Jadi sudah tentulah ia bukanlah satu 'flashmob'. Sudah hilangnya salah satu ciri flashmob dalam 'DEMO' mereka itu. 

Jadi, apakah yang sebenarnya ingin disampaikan oleh parti lawan?? Cuba kita renung kembali, sebelum ini mereka telah membuat huru-hara dengan melakukan demonstrasi yang dikatakan besar-besaran. Apa matlamat yang ingin disampaikan selain membuat kacau??

Ianya jelas memperlihatkan bahawa mereka sekadar ingin menduga dan bermain dengan emosi masyarakat. Ini bukanlah satu perkara baru kerana demonstrasi yang diwujudkan adalah untuk memberi gambaran bahawa mereka itu kuat dan ramai. 


Ini adalah kerana mereka bertungkus-lumus menulis beberapa polemik untuk cuba meraih perhatian kepada  manifesto fantasi yang mereka idamkan, lalu dikaryakan di atas sebidang kad manila, kemudian pada kertas berkenaan jelas tertulis 'BUNYIKAN HON JIKA SOKONG PR'. 



Baiklah, biarkan mereka menggila dengan meraih HON yang mereka idamkan, apa pun pastikan Barisan Nasional mendapat undi. Maka, oleh itu, #YAKINIBN #TOLAKPR untuk #BETTERNATION.

-AZ-

0 comments:

Post a Comment