Anak Muda Berkonvoi Keliling Kemaman

Ahmad Shabery Cheek melepaskan sekumpulan motorsikal berkuasa tinggi dengan kibasan bendera Barisan Nasional. 

KEMAMAN - Hampir 300 buah motosikal mengadakan aktiviti konvoi beramai-ramai mengelilingi Kemaman. Majoriti yang hadir adalah belia yang menyokong BN.

Calon Barisan Nasional Parlimen Kemaman, Ahmad Shabery Cheek berkata, beliau gembira melihat para belia mengisi masa lapang dengan perkara yang jauh lebih berfaedah untuk meluahkan sokongan mereka kepada BN.

Oleh yang demikian, program konvoi bermotor beramai-ramai ini bukan sahaja bakal memberi pengalaman baru, malah beliau dapat menjelajah ke tempat-tempat yang masih belum sempat beliau terokai.

"Jauh perjalanan, luas pemandangan", peribahasa ini amat sesuai sekali buatnya. Selain itu, aktiviti permotoran ini juga menjadi tempat buat anak muda yang sukakan cabaran selain meluahkan sokongan mereka kepada BN

Konvoi ini juga untuk membawa gelombang rakyat terutama golongan belia yang sentiasa mendokong dan menyokong aspirasi perjuangan BN. "InsyaAllah kami akan pastikan BN menang & kekal di Kemaman & Terengganu", itulah luahan anak muda yang menyertai konvoi tersebut.

We Love Kemaman..

-AZ-

0 comments:

Post a Comment