#PRU13 #P040: Perang Bendera Kini Sudah Bermula Di Chukai


Sudah menjadi adat resam PRU, Sudah pasti akan berlaku perperangan Psikologi yang hebat tidak kira dari sudut persedian berkempen atau membuka semula kisah silam kejayaan dan kegagalan sesebuah parti ketika menjadi pemerintah atau pembangkang.

Kini di DUN Chukai yang berada di bawah Parlimen Kemaman, perang bendera sudah bermula. Namun begitu, perang poster masih belum lagi rancak dijalankan. Hanya sedikit sahaja poster wajah-wajah calon dikempenkan di jalan raya sekitar Bandar Chukai.

Setelah membuat tinjauan di beberapa kawasan Pusat Daerah Mengundi PDM DUN Chukai, didapati semua PDM sudahpun bersiap sedia untuk menjadi pusat atau markas parti-parti politik yang bertanding. Semuanya sudah dihias dengan bendera parti dan replika bagi menunjukkan lambang kekuatan parti masing-masing.

Walau bagaimanapun, dilihat agak kecewa apabila replika-replika yang dibina oleh pihak pembangkang bukan menunjukkan kekuatan dan kesungguhan parti untuk memenangi PRU yang akan datang. Mereka membuat replika-replika yang berkaitan dengan isu memfitnah parti lawan UMNO BN seperti membina kapal selam, penjara dan ada juga yang membuat replika cincin di sesetengah tempat.

Walau bagaimana pun, ianya dilihat hanya sebagai perang psikologi bertaraf rendah sahaja dan tidak menjejaskan sokongan rakyat Kemaman kepada BN. Pembinaan replika yang dibina parti pembangkang hanya menunjukkan betapa terdesaknya parti tersebut untuk memikat hati rakyat bagi memperoleh sokongan.

Sepatutnya semua parti politik yang bertanding harus membina replika yang menunjukkan kekuatan parti sendiri. Bukan membina replika yang bertujuan untuk menjatuhkan parti lawan. Rakyat harus sedar bahawa zaman kini sudah tidak sesuai untuk mewujudkan perang psikologi sebegitu.

Oleh itu, berkempenlah secara sihat dan jangan timbulkan provokasi yang boleh menyebabkan pergaduhan sepanjang masa berkempen. Hormati undang-undang yang telah ditetapkan oleh SPR dan hormati undang-undang yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

-papa-

0 comments:

Post a Comment