PAS Hanya Parti Kosong - Shabery Cheek


Kempen PRU seterusnya diadakan di Kampung Pengkalan Ranggon, Kerteh. Calon Parlimen Shabery Cheek melawat PDM-PDM di sekitar Kerteh termasuk PDM Batu Putih.

Dalam ucapan Shabery Cheek, beliau sekeras-kerasnya menyatakan bahawa PAS adalah sebuah parti yang kosong. Apa yang dimaksudkan oleh calon Parlimen Kemaman ialah PAS tidak pernah berbakti kepada rakyat. Pas tidak pernah memberi apa-apa pembangunan kepada rakyat.

Seperti contoh Kelantan, kerajaan negeri langsung tidak pernah membantu dalam pembangunan belia. Kerajaan negeri Kelantan tidak pernah membantu Majlis Belia Negeri Kelantan. Begitu juga dengan pembangunan bola sepak negeri Kelantan, kerajaan Negeri Kelantan tidak pernah menyumbang apai-apa untuk kemajuan bola sepak Kelantan.

Seperti lambang bulat pada bendera PAS, ianya sudah menunjukkan bentuk kosong dan telah terbukti PAS hanya sebuah parti kosong, ujar Shabery Cheek pada satu majlis perasmian Serentak Tiga Mini RTC Wilayah Ketengah semalam.

Oleh itu, rakyat tidak seharusnya memberi sokongan kepada parti PAS kerana PAS hanya akan memberikan janji-janji kosong sahaja. Sokongan padu seharusnya diberikan kepada parti BN kerana BN telah pun membuktikan kepada rakyat bahawa semua janji-janji yang diberi telah dikota

-papa-

0 comments:

Post a Comment