Shabery Cheek Rasmi Gelanggang Futsal 1 Malaysia Di Pengkalan Ranggon

KEMASEK- Satu program perasmian gelanggang futsal 1 Malaysia telah berlangsung di Kampung Pengkalan Ranggon.


Perasmian telah disempurnakan oleh calon Parlimen Kemaman Ahmad Shabery Cheek. Beliau juga turut ditemani calon DUN Kemasek Ir Rosli. Turut hadir bersama mantan ADUN kemasik, yang berbahagia Dato Hj Abu bakar bin ali.

Dalam ucapan perasmian, calon Parlimen Kemaman, Shabery Cheek  menegaskan perkara berkaitan janji-janji pakatan rakyat yang semata-mata untuk meraih undi. Namun tidak pernah dilaksanakan.

"Pakatan Rakyat telah diberi peluang selama empat tahun memerintah Terengganu, namun tiada apa-apa perubahan yang dibuat waimah membina sebuah surau."

Rakyat terengganu rata-rata telah kecewa dengan kepimpinan pakatan rakyat apabila dikenangkan kembali tragedi pelajar-pelajar tadika yang menggunakan balai raya dihalau oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Selepas majlis perasmian, satu perlawanan peersahabatan antara kumpulan yang mewakili DUN Kemasek dan Parlimen Kemaman. Masing-masing menunjukkan kehebatan dan telatah masing-masing. Ada juga aksi yang mencuit hati dari barisan kepimpinan yang turut serta dalam perlawanan itu.



0 comments:

Post a Comment