Kamaruddin Chik Bukan Tandingan Shabery Cheek Di Parlimen Kemaman - Pok Teh Geliga


Mat Saat @ Puteh Bin Abdullah atau dikenali dengan panggilan Pok Teh Geliga merupakan Pengerusi JKKK dan Ketua UMNO cawangan Geliga juga Naib Pengerusi PIBG Sekolah Menengah Kampung Geliga telah mendedahkan siapa sebenarnya Kamaruddin Chik, Calon PKR yang bertanding di Parlimen Kemaman.

Pok Teh berpendapat Calon PKR yang bertanding di kerusi Parlimen Kemaman hanyalah calon tangkap muat dan sebaiknya menarik diri kerana calon PKR tersebut tidak layak untuk bertanding dengan Calon BN, Ahmad Shabery Bin Cheek.

Menurut Pok Teh, Calon PKR yang dicalonkan hanya Ahli Jawatankuasa PIBG Sekolah Menengah Geliga sahaja. Dari segi perwatakkan Calon PKR tersebut, Pok Teh berpendapat. Kamarudin Chik tiada gaya seorang pemimpin jika hendak dibandingkan dengan calon-calon yang lain di Parlimen Kemaman.

Pok Teh juga berpendapat Calon PKR yang juga merupakan AJK PIBG tidak pernah menyumbang apa-apa idea di dalam mesyuarat PIBG Sekolah Menengah Kampung Geliga dan hanya sebagai 'sleeping partner' sahaja. Bagaimana seseorang yang begitu boleh menjadi Calon sedangkan di peringkat AJK PIBG yang dianggap lebih rendah pun Calon PKR tersebut tidak dapat memberi apa-apa idea.

Calon PKR Kamarudin Chik dilihat tidak layak untuk bertanding dengan Calon BN Shabery Cheek kerana Shabery Cheek yang juga Menteri Belia Dan Sukan Malaysia hanya bertanding dengan seorang AJK PIBG yang juga merupakan seorang peniaga bengkel kedai tayar sahaja.

Oleh yang demikian, Pok Teh berkeyakinan bahawa bilangan pengundi yang akan mengundi BN dan menyoking kepimpinan Shabery Cheek akan lebih meningkat pada PRU kali ini berikutan PKR meletakkan calon yang tidak pernah dikenali di daerah kemaman.

-papa-

0 comments:

Post a Comment