Konsert AFMB Kerteh GEMPAK!!

KERTEH - Konsert Astro Fiesta Mesra Belia(AFMB) memang sudah tidak asing lagi dalam kalangan penduduk tempatan khususnya penduduk Kerteh 6. Ini adalah kali kedua penganjuran konsert AFMB di tempat ini. Namun bezanya, kali ini ianya diadakan di Padang Awam Ketengah Jaya.

Konsert AFMB Kerteh menyaksikan hampir 5 ribu orang telah hadir memberi sokongan kepada Barisan Nasional menerusi program yang dijalankan. Ini adalah suatu fenomena yang sememangnya memberi nafas lega kepada barisan kepimpinan Barisan Nasional dan jelas kelihatan bahawa warga Felda Ketengah Jaya menerima baik transformasi yang dilakukan oleh parti Barisan Nasional.


Turut hadir menjayakan program ialah calon Barisan Nasional Parlimen Kemaman merangkap Menteri Belia dan Sukan, YB Dato' Seri Shabery Cheek bersama calon Barisan Nasional DUN Kemasek, YB Ir Rosli bin Othman. Pada kali ini, konsert AFMB diteruskan dengan nyanyian oleh barisan artis tempatan seperti Toi AF, Mila AF, Jay Jay, Black, Hattan dan Datuk Malik Ridzuan.

Dalam temubual, Hattan berkata program AFMB ini sudah lama berlangsung. Ianya bukan sekadar konsert semata-mata. Jika dilihat pada hari siangnya, pelbagai program telah diatur dan dijalankan, contohnya, perlawanan futsal, bola jaring, pameran dari jabatan kerajaan dan yang paling penting membantu para peniaga mencari rezeki tambahan sepanjang karnival berlangsung.

Tambahnya lagi, program ini juga dapat mengeratkan silaturrahim antara belia. Belia sekarang bukan seperti dahulu, mereka leka dengan pelbagai aktiviti yang menjerumuskan diri mereka ke arah aktiviti yang tidak sihat. Pendek kata, program ini berjaya menyatukan para belia sekaligus mengajak mereka melakukan aktiviti yang lebih sihat.


Beliau juga menyokong penuh kepimpinan Barisan Nasional, katanya perjuangan BN tidak melalut kerana berpaksikan pada satu matlamat. Beliau juga bersetuju dengan transformasi yang dilakukan oleh YAB Dato' Seri Najib Razak kerana berjaya menyatukan rakyat di bawah Gagasan 1Malaysia.

Bertitik tolak dari situ, beliau yakin usaha kerajaan bakal memberikan impak yang amat besar bukan sahaja dalam negara malah luar negara kerana parti Barisan Nasional bertindak memberi kesenangan kepada rakyat dengan berkongsi segala keuntungan yang diperolehi negara melalui pelbagai inisiatif di bawah projek 1Malaysia.

-AZ-

0 comments:

Post a Comment