Warga Felda Neram 1 Tolak Janji Kosong PR
Apabila berbicara mengenai janji, terlintas di fikiran ianya adalah sesuatu yang harus ditepati, bukan sekadar mainan mulut, sekadar menanam tebu di tepi bibir.
Usaha Pakatan Rakyat untuk menembusi ruang felda bagi menghasut warga felda menolak UMNO kian menjadi-jadi. Hari demi hari mereka seringkali bermukim di felda-felda, mengadakan ceramah berbaur hasutan serta menghamburkan kata-kata fitnah.
Dalam satu kenyataan, Hadi Awang pernah mendakwa bahawa ladang, tanah, dan segala perniagaan milik sepenuhnya Felda dan negara, difaraidkan sesama sendiri dan syarikat asing melalui usaha penyenaraian di bursa saham.
Katanya lagi, di masa akan datang syarikat asing atau mereka yang tidak kena-mengena dengan Felda yang akan menjadi pemilik aset berharga Felda ini setelah saham-saham ini terjual. Tambahnya, ia bukan sekadar masalah pengagihan saham, tetapi melibatkan tanah Felda dan aset berharga milik rakyat dan negara.
Sehubungan dengan itu, kerajaan telah mengambil inisiatif untuk menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku. Warga Felda Neram 1 hari ini berkata, mereka tidak bodoh untuk mempercayai bulat-bulat apa yang dinyatakan oleh Hadi Awang, kerana bagi mereka sudah banyak bantuan yang telah kerajaan sediakan dan berikan kepada mereka.
Tidak cukup dengan itu, mereka juga mengucapkan ribuan terima kasih atas budi baik kerajaan memberikan penjelasan yang penuh mengenai Felda Global Ventures Holdings(FGVH). Antaranya mengenai FGV, saham-sahamnya, soal untung rugi, dividen dan semua yang berkaitan.
Mereka juga turut bersyukur dengan 20% pegangan saham mereka dalam bentuk saham amanah di dalam FGV di mana ianya menjanjikan keuntungan berterusan untuk mereka pada setiap tahun. Mereka yakin segala janji yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional adalah satu janji ditepati berdasarkan apa yang telah kerajaan janjikan sebelum ini.
Warga Felda Neram 1 menyelar kenyataan Haji Hadi dan menyifatkan kenyataan beliau hanyalah satu propaganda semata-mata. Mereka mengimbas kembali zaman di mana PAS memerintah pada tahun 1999-2004, segalanya menjadi kucar-kacir.
Janji yang ditaburi semasa sebelum PRU ke 10 yang lalu, banyak mengajar warga Felda untuk tidak mudah terpedaya lagi. Mereka menyesali perkara berkenaan dan berharap agar Barisan Nasional akan meneruskan kepimpinan di masa-masa akan datang.
-AZ-
0 comments:
Post a Comment