Ahmad Shabery Cheek Rasmi Rumah Komuniti Chukai


KEMAMAN - Kempen PRU sudah masuk hari yang ke tiga. Seperti biasa, semua calon sibuk menjalankan tugas kempen pilihanraya. Tidak ketinggalan calon Parlimen P040 Kemaman, Ahmad Shabery Cheek turut bekerja keras memastikan rakyat Kemaman sentiasa memberi sokongan penuh kepada BN.

Beliau yang hadir bagi merasmikan Rumah Komuniti Chukai yang diadakan di Jalan Dato,Chukai. turut ditemani oleh calon ADUN Dato Hj Wan Ahmad Nizam. Tugasan kempen baru sahaja bermula dan akan diteruskan setiap hari.

Dalam ucapan Shabery Cheek, beliau memperingati semua hadirin agar menjaga komuniti yang sedia ada. Dalam pada itu, beliau memperingati hadirin agar mengingat kembali pemerintahan PAS di Terengganu suatu masa dahulu.

Setelah PAS diberi peluang selama empat tahun, tiada langsung apa-apa perubahan atau pembangunan yang dibuat. Berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional, pelbagai kemajuan telah dilakukan demi rakyat Kemaman. Ahmad Shabery Cheek juga memberi harapan agar sokongan rakyat kepada BN akan berterusan.

Beliau juga sempat beramah mesra dengan tetamu yang hadir dan menikmati juadah kenduri rakyat yang disediakan. Pemimpin yang berjiwa rakyat menyeduk nasi untuk rakyat yang hadir. Beliau juga yang amat dikenali rakyat yakin bahawa BN pasti akan kekal memerintah di Kemaman.



0 comments:

Post a Comment