HANCUR!! PR Khianati Rakyat!!

PAKATAN Rakyat bukan lagi calon ideal untuk mentadbir negara. Mereka telah banyak melakukan penganiayaan dan kezaliman kepada rakyat. Bayangkan di Penang, azan tidak lagi dibenarkan berkumandang pada waktu Subuh. Orang tua dihalau dari rumah mereka dan rumah mereka dirobohkan sesuka hati. 

Masihkah kita ingat ketika zaman pemerintahan Lim Guan Eng, seorang warga emas, Mariam Tahir, 72, hanya mampu mengalirkan air mata melihat sebahagian rumah pusaka keluarganya di Lengkok Sungai Gelugor di sini dirobohkan oleh piahak Majls Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Tidakkah perbuatan ini amat zalim dan kejam?? Mengapa mereka mahu mewujudkan persengketaan atas perpaduan yang telah kita kecapi selama ini?? Malaysia yang dahulunya harmoni kini telah menjadi huru-hara akibat sikap hipokrit PR yang hanya mementingkan agenda mereka. 

Jelaslah disini mereka tidak menghormati orang Islam khususnya. Di mana rasionalnya, pemikiran seseorang anak Melayu yang beragama Islam sendiri sanggup menyokong parti yang langsung tidak menghormati agama kita, agama Islam. Tidak hairanlah jika dalam manifesto mereka sendiri tiada ikon masjid yang merujuk kepada agama Islam. 



Tidakkah terdetik walau sedikit pun rasa marah dan geram ekoran agama Islam yang mulia ini dimainkan sewenang-wenangnya? Malulah pada diri sendiri. Hatta pada zaman Rasulullah dahulu, para sahabat bermati-matian memelihara agama Allah ini. 

Tidak cukup dengan itu, mereka menuduh Barisan Nasional mengamalkan dasar kronisme dan nepotisme sedangkan mereka sendiri mengamalkan dasar yang sama. Parti PAS 'dihuni' oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Razi Nik Mat, dan Nik Abduh Nik Abdul Aziz. 

Manakala PKR Sdn Bhd dipegang oleh Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum PKR, Wan Azizah Wan Ismail, isteri kepada Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR dan anaknya si Nurul Izzah Anwar selaku Naib Presiden PKR.

Begitu juga halnya dengan parti DAP Sdn Bhd yang menampilkan barisan kepimpinan yang terdiri dari anak beranak sendiri. Lim Kit Siang bersama dengan anaknya, Lim Guan Eng dan menantunya Betty Chew. Tak kurang hebatnya juga Karpal Singh serta dua orang anaknya, Gobind Singh Deo, Jagdeep Singh Deo. 


Mahukah anda diperintah oleh sebuah kerajaan yang mengamalkan kronisme yang sebenarnya?? Hanya menangkan anak-beranak. Sudah tentulah nanti rakyat akan kebuluran dek kerana mereka lebih pentingkan saudara-mara. Apa cerita?? 

-AZ-

0 comments:

Post a Comment