HBN: Husam Musa Terus Sebar Fitnah!!

Budaya fitnah dalam kalangan pemimpin PAS nampaknya tidak pernah surut. Setiap hari akan ada pelbagai cerita rekaan fantasi para pemimpin PAS. Terbaru, Husam Musa dalam kenyataannya dalam Harakah menggesa agar menangguhkan belanja mewah bagi program belia.

Dalam akhbar berkenaan, Husam Musa berkata jika Pakatan Rakyat memerintah negara, pihaknya mencadangkan supaya program 'A Million Youth Gathering' yang dijadualkan pada 23 Mei 2013 akan ditangguhkan.


Apa yang lebih menghairankan lagi, Husam mendakwa kementerian telah berbelanja besar untuk program tersebut. Sedangkan KBS melalui KSU KBS, Datuk Mohid Mohamed telah memberikan penjelasan penuh mengenai perihal tersebut.

Berikut merupakan kenyataan penuh dari KBS mengenai tuduhan dari pihak pembangkang yang menyatakan kerajaan membazirkan wang atas alasan membayar artis KPOP.



Walaupun telah diberi penjelasan yang menyeluruh, pihak pembangkang masih lagi mengetengahkan isu ini untuk yang kesekian kalinya. Di sini jelas kelihatan betapa ceteknya idea dan dangkalnya pemahaman Husam Musa berkenaan perihal terbabit. 

p/s: Haih Husam Musa, tak cukup dengan fitnah di Kelantan, kau bawa fitnah kau yang melampau tu ke Putrajaya pulak. Khabarnya dulu, si Husam Musa ni antara mereka yang kuat membangkang sewaktu Putrajaya hendak dibangunkan.

Tak cukup menfitnah JAWI, kini Fitnah KBS plak.
JAWI dah pun saman Husam Musa, ape pula tindakan KBS?

Tak cukup dengan isu nak kebas Putrajaya, kau keluarkan isu Hari Belia Negara pulak dah. Macam-macam. Apa dah jadi Husam oii?? Macam nie la sikap pemimpin parti yang kononya memperjuangkan Islam.. 

0 comments:

Post a Comment