Kenapa Perlu UBAH??? - Shabery Cheek


Dalam Pakatan Rakyat, mereka sering melaungkan perkataan "UBAH" untuk kempen PRU kali ini. Adakah UBAH yang dimaksudkan oleh pembangkang semata-mata untuk meraih simpati rakyat dan memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat?

Dalam satu temuramah bersama Calon Parlimen Kemaman, Shabery Cheek, beliau mempersoalkan apa yang perlu diubah? Selama ini kerajaan BN sentiasa membuat perubahan untuk rakat. Apa lagi yang Pakatan Rakyat mahu UBAH lagi?

Adakah mereka mahu UBAH seperti mana mereka mengubah terengganu suatu masa dahulu? Mereka menghalau semua kanak-kanak tadika yang sedang belajar di balai raya? Bayangkan sekiranya orang yang sama menjadi Menteri Besar Terengganu, Apa akan jadi kepada anak-anak kita.

Seperti contoh yang kita lihat hari ini, apa yang mereka UBAH melainkan menggondolkan hutan belantara seperti yang terjadi di Kelantan dan Kedah. Hanya itu sahaja perubahan yang ketara dapat dilihat oleh semua rakyat Malaysia.

Mereka (PAS) tidak boleh mengubah apa-apa  dan sekiranya kita tahu perubahan yang telah dibina oleh Barisan Nasional sejak dahulu sehingga sekarang adalah perubahan besar di mana rakyat telah menikmatinya.

Jangan matikan harapan rakyat kerana harapan rakyat itu 'keramat' dan mereka yang menghancurkan harapan itulah akan dihancurkan dalam PRU yang akan datang.

-papa-

0 comments:

Post a Comment