Shabery Cheek Bersama Masyarakat Tiong Hua Di Kampung Air Jernih Kemaman


Seperti biasa aktiviti kempen PRU bagi Calon Parlimen Kemaman Shabery Cheek diteruskan lagi untuk meraih undi rakyat. Kali ini Shabery Cheek melawat ke Kampung Air Jernih di mana majoroti penduduknya adalah berbangsa Cina.

Dalam satu Majlis Perasmian Gelanggang Futsal 1 Malaysia yang di adakan di dewan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Lok Khoon, Pekan Air Jernih, Shabery Cheek disambut meriah oleh masyarakat Tiong Hua di situ.

Dalam ucapan beliau, beliau berbangga kerana penduduk Kampung Air Jernih dapat berkongsi satu gelanggang futsal dengan tidak mengira bangsa. Cina dan melayu bermain bersama-sama dan hidup dengan penuh harmoni.

Selain merasmikan gelanggan futsal yang baru siap, beliau sempat melawat ke PDM Air Jernih yang berada berhampiran dengan sekolah tersebut. Kemudia Shabery Cheek sempat bersantai dan beramah mesra dengan rakyat di sebuah warung kopi di situ.

Lebih kurang setengah jam Calon Parlimen duduk beramah mesra dengan rakyat dan masing-masing meluahkan pelbagi permasalahan di kampung tersebut sambil meminta pandangan untuk menyelesaikannya. Kemudian Shabery Cheek terus ke lokasi lain untuk meneruskan jelajah lawatan PDM di daerah Kemaman.

-papa-

0 comments:

Post a Comment