Kaum TiongHua Kemaman Tidak Mahu Sejarah Berulang
Masyarakat TiongHua yang merupakan kaum minoriti di Kemaman menunjukkan sokongan yang berterusan kepada Barisan Nasional. Mereka di sini tidak mudah dipengaruhi dengan dakyah pembangkang yang nyata semakin memperlihatkan ketidakstabilan politik.
Rata-rata masyarakat Cina di sini menghargai keamanan, perpaduan, dan keharmonian yang dinikmati. Bahkan sebagai kelompok minoriti di sini, mereka tetap mendapat keistimewaan sebagaimana kaum Melayu. Misalnya, dewan khas untuk kegunaan masyarakat Tionghua juga telah didirikan.
Naib Presiden MCA, YB Senator Gan Ping Sieu menyatakan bahawa sepanjang tempoh berkempen, beliau telah melawat empat buah negeri dan beliau mendapati sokongan pengundi Cina khasnya pengundi Cina di Terngganu begitu menggalakkan.
Katanya lagi, beliau yakin sokongan dari masyarakat TiongHua kepada Barisan Nasional lebih baik dari negeri-negeri lain. Ini menunjukkan bahawa masyarakat TiongHua begitu jujur, komited, dan berkeyakinan sepenuhnya dalam semua gerak kerja Barisan Nasional.
Salah satu faktor yang menyebabkan mereka begitu 'tawar hati' dengan Pakatan Rakyat(PR) ialah kerana mereka pernah menempuh zaman di mana PAS memerintah Terengganu suatu masa dahulu. Mereka cukup serik, dan tidak mahu sejarah pemerintahan PAS yang begitu teruk berulang kembali. Bagi mereka, parti PAS telah menunjukkan satu contoh yang gagal dalam pentadbiran mereka.
Gan Ping Sieu juga berkata, beliau akan membawa mesej daripada pengundi Cina Terengganu, khususnya warga TiongHua Kemaman untuk disebarkan kepada masyarakat TiongHua di negeri lain untuk dijadikan pengajaran.
Beliau juga menyarankan agar rakyat berfikir secara logik, bagaimana jika salah satu pemimpin PR memerintah. Adakah ianya sama seperti apa yang kerajaan Barisan Nasional lakukan untuk rakyatnya? Apa sebenarnya yang ingin diubah oleh PR? Jika mereka mahu mengubah dasar, adakah dasar itu diubah pada satu hala tuju yang boleh diterima pakai oleh semua komuniti di Malaysia ini.
Ketika ditanya mengenai pentadbiran DAP sekarang, beliau hanya tersenyum nipis seraya berkata, mereka(DAP) bijak menangani bahasa retorik politik. Mereka pandai memperdayakan pengundi muda dengan pelbagai maklumat palsu. Malangnya, mereka tidak fikirkan kesan daripada maklumat tersebut.
Ujarnya lagi, jika PR ingin mengubah kerajaan kepada yang lebih maju, lebih berdaya saing, lebih profesional, maka beliau tidak ragu-ragu untuk menyokong PR. Namun apa yang beliau kesalkan ialah hala tuju parti tiga serangkai PR iaitu PAS, PKR dan DAP adalah berlainan.
Mereka hanya bergabung kerana mahukan kuasa. Bagaimana mahu mentadbir negara jika perebutan kuasa pun mereka tidak dapat membahagikan secara adil. Tidak mustahil jika negara jatuh ke tangan mereka, rakyat akan diabaikan, semuanya hanya akan dibuat mengikut kepentingan mereka.
Sekali lagi beliau menyeru agar semua rakyat memikirkan kesan akan percakaran PR terhadap negara. Banyak perkara negatif yang mungkin berlaku yang boleh mengakibatkan kesan yang buruk kepada negara. Apabila ianya berlaku, tidak mustahil pelabur asing tidak mahu lagi melabur di Malaysia, dan secara automatik ekonomi Malaysia akan merudum.
Beliau berharap agar rakyat Malaysia khususnya masyarakat TiongHua meneruskan kesinambungan dasar kerajaan sedia ada. Jika mahukan pembangunan dan perpaduan ini berterusan, undilah Barisan Nasional, kerana secara rasionalnya, rekod kepimpinan Barisan Nasional yang bersih, semestinya menjamin kelangsungan pentadbiran yang cemerlang.
-AZ-

0 comments:
Post a Comment