Kampung Chabang Di Kemasik Dahulunya Hulu, Kini dah Jadi Hilir
Shabery Cheek calon P040 di Kampung Chabang Kemaman |
Apabila sebut Kampung Chabang di Kemasik, rakyat terengganu terutama di Kemaman sudah pasti tahu bahawa ianya merupakan sebuah kampung yang di kawasan hulu atau pendalaman. Tetapi kini Kampung Chabang sudah berubah dan perkataan "hulu" sudah terpadam dalam kamus hidup penduduk kampung tersebut.
Dalam lawatan calon Parlimen Kemaman, Ahmad Shabery Cheek, beliau disambut meriah oleh penduduk Kampung Chabang. Siri lawatan beliau ke PDM seluruh kemaman, Beliau begitu bersungguh-sungguh berkempen untuk memastikan kemenangan berpihak kepada BN pada PRU kali ini. Kali ini tiba giliran PDM Kampung Chabang pula.
"Kampung chabang yang dahulunya hulu kini sudah bertukar menjadi hilir"
Kenapa Kampung Chabang kini dah jadi "hilir"? Ianya adalah kerana Kerajaan telah pun membina sebuah lebuh raya penghubung Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu. Apa yang menjadikan Kampung Chabang kini sudah tidak berada di pendalaman ialah terdapat satu susur keluar lebuh raya di situ.
Apabila mempunyai satu susur keluar di situ, sudah tentu ramai pengguna-pengguna lebuh raya akan melalui kampung Chabang dan ianya akan menggalakkan ekonomi di kawasan tersebut. Tidak mustahil suatu hari nanti, Kampung Chabang akan menjadi sebuah bandar.
Lebuh raya Pantai Timur LPT yang menghubungkan Kuala Lumpur - Kuala Terengganu yang dibina kerajaan Barisan Nasional sudah pasti akan merubah hidup dan taraf ekonomi penduduk di kampung Chabang. Oleh itu, pengundi di PDM kampung chabang yang berjumlah 855 orang seharusnya memberi undi kepada Barisan Nasional.
Oleh itu, kemajuan yang dibawakan oleh kerajaan di Kampung Chabang seharusnya disyukuri kerana taraf hidup yang dahulunya dikatakan sebagai "orang hulu" kini sudah menjadi "orang hilir". Walau bagaimanapun, menurut sumber, Kampung Chabang adalah kubu kuat BN sejak dari dahulu.
0 comments:
Post a Comment