Shabery Cheek Janji Akan Beri Servis Terbaik Untuk Masyarakat Tiong Hua Di Kemaman


Dalam kesibukan berkempen untuk PRU 13, Calon BN untuk Parlimen Kemaman, Ahmad Shabery Cheek tidak melupakan masyarakat Tiong Hua yang berjumlah 5% daripada 16,130 orang pengundi (jumlah semasa PRU12) di Parlimen Kemaman. Beliau mendapat sokongan penuh daripada masyarakat tersebut.

Dalam satu taklimat ringkas bersama jentera MCA Kemaman, Shabery Cheek berjanji akan memberikan servis terbaik kepada masyarakat Tiong Hua di Kemaman yang selama ini memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional.

Dengan tiadanya DAP di Kemaman, masyarakat Tiong Hua masih belum dirosakkan pemikirannya dengan fahaman yang sering disebarkan oleh DAP. Oleh itu, parti MCA di kemaman berada dalam keadaan selamat dan sentiasa menyokong Barisan Nasional.

Apa yang diharapkan, BN Kemaman harus terus mengekalkan situasi tersebut. Jangan benarkan DAP memasuki Kemaman sampai bila-bila. Sememangnya tiada apa-apa jasa atau bakti untuk DAP datang ke Kemaman dan mengambil kesempatan di atas kejayaan juga kemajuan di Kemaman.

Masyarakat Tiong Hua di Kemaman pula harus berterima kasih dan memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Barisan Nasional kerana parti inilah selama ini yang membela masarakat Tiong Hua di Kemaman. Jangan sesekali mengkhianati parti yang selama ini telah banyak bekorban untuk anda.

-papa-

0 comments:

Post a Comment