Kedai Rakyat 1 Malaysia KR1M Akan Dibina Lagi Di Kemaman


KEMAMAN - Kedai Rakyat 1 Malaysia KR1M yang dirasmikan siang tadi oleh Calon BN di DUN Kijal, Dato' Seri Ahmad Bin Said merupakan permulaan bagi perlaksanaan salah satu projek transformasi di Parlimen Kemaman. Walau bagaimanapun, KR1M di Air Putih Kemaman merupakan projek ke tiga di Terengganu.

Kedai Rakyat Satu Malaysia yang diwujudkan adalah bertujuan untuk memastikan rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan dapat menikmati harga barangan yang dijamin lebih murah dari kedai-kedai yang biasa terdapat di Kemaman.

"Harga barang di KR1M adalah 50% lebih murah dari harga kedai-kedai biasa di seluruh Malaysia".

haraga yang murah diperolehi apabila syarikat MAIDEN yang membekalkan barang-barang di KR1M membeli barangan dengan harga pukal dan menjualnya kepada rakyat dengan harga yang rendah. Dengan kerjasama tersebut, rakyat dapat menikmati harga barangan yang sangat berpatutan.

Untuk kos pembinaan sebuah Kedai Rakyat 1 Malaysia pula, ianya menelan belanja antara RM400,000 hingga RM500,000 bergantung kepada saiz kedai dan sewa bangunan yang ditetapkan oleh pemaju, Namun begitu, menurut Dato' Seri Ahmad Bin Said, lebih banyak lagi projek transformasi KR1M akan diujudkan di Kemaman.

"Bukan di setiap daerah kita akan bina KR1M, malah kita akan letak di setiap DUN sekiranya mendapat permintaan tinggi dari rakyat Kemaman"

Demi transformasi yang dibawakan oleh kerajaan Malaysia, rakyat sudah pasti akan didahulukan dan pencapaian akan diutamakan. Begitulah perubahan yang sedang berlaku dengan mendadak di Parlimen Kemaman. Sudah pasti akan wujudnya KR1M yang lebih banyak di daerah Kemaman.

-papa-

0 comments:

Post a Comment