Shabery Cheek Rasmi Gelanggang Futsal 1 Mukim Di Kampung Payoh Kemaman


Kampung Payoh di Kijal merupakan salah satu kampung yang sentiasa menyokong kepimpinan Barisan Nasional. Calon BN Parlimen Kemaman Ahmad Shabery Cheek seperti biasa menjalankan tugasan kempen PRU melawat ke sana malam tadi untuk merasmikan sebuah gelanggang futsal 1 mukim yang telah siap dibina.

Rata-rata penduduk kampung berbangga dan menyambut baik kehadiran calon Parlimen Kemaman walaupun beliau tiba agak lewat kerana menghadiri satu majlis rasmi di Perwaja Steel yang dihadiri lebih kuran 8,000 rakyat di sekitar kilang tersebut.

Shabery berbangga dengan semangat penduduk kampung yang setia menunggu walaupun beliau terlewat tiba ke majlis tersebut. Walau bagaimanapun, Beliau sempat menyaksikan perlawanan futsal wanita dan memberi pujian kepada pasukan futsal wanita tersebut di atas kelincahan pasukan bermain futsal.

Dalam ucapan beliau, Calon Parlimen Kemaman menyeru kepada masyarakat kampung agar sentiasa menyokong Barisan Nasional kerana BN sahaja lah yang dapat memeberikan perkhidmatan terbaik kepada penduduk kampung. Seperti contoh pembinaan gelanggang futsal di kampung tersebut.

Oleh kerana Shabery cheek merupakan Menteri Belia Dan Sukan Malaysia, Penduduk di Kemaman dapat merasakan kemajuan belia dan sukan kerana beliau sudah pasti akan memberi perhatian sebaik mungkin kepada rakyat di Parlimen Kemaman.

Penduduk Kampung Payoh seharusnya bersyukur kerana berada di bawah pentadbiran BN di mana ADUN bagi kawasan Kampung Payuh ialah Menteri Besar Terengganu sendiri iaitu Dato' Sri Ahmad Said. Sudah pasti YAB menteri Besar akan memastikan kawasan jajahan beliau akan lebih sempurna.

-papa-

0 comments:

Post a Comment