Kemaman Bakal Lahirkan Atlet Antarabangsa Sepak Takraw - Shabery Cheek

KEMAMAN - Kali ini calon Barisan Nasional Parlimen Kemaman, Ahmad Shabery Cheek telah menghadiri satu program Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Kemaman 2013 yang berlangsung di Gelanggang Takraw Kampung Besut, Kemaman.

Dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa kampung ini adalah salah satu tempat yang menerima kemudahan yang disediakan oleh kerajaan Barisan Nasional. Malah, gelanggang ini juga telah diberi peruntukan untuk dinaiktaraf.


Tambahnya lagi, pada masa akan datang, pihaknya akan membuat beberapa penambahbaikan khas buat golongan belia setempat. Dalam usaha melahirkan atlet yang bertaraf antarabangsa, banyak cabaran yang harus didepani.

Ujarnya, tidak ada maknanya jika sesebuah tempat mendapat kemudahan yang baik, tapi tidak dapat melahirkan pemain yang baik. Ini adalah kerana di Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan telah membina hampir 2, 200 gelanggang khas buat para belia.

Justeru, para belia haruslah gigih dan terus berusaha jika benar-benar berminat dalam apa-apa jua permainan berkaitan sukan. Oleh kerana beliau berasal dari Kemaman, antara cita-cita beliau yang masih tersimpan kemas di benak hatinya ialah jika ada warga Kemaman khasnya berminat dalam apa jua bidang sukan, beliau akan cuba membantu sampai ke peringkat tertinggi yang seseorang atlit itu dapat capai.


Selain itu, beliau juga menasihati agar semua jurulatih mengambil tindakan yang sebetulnya dalam mendidik kanak-kanak serta belia mengikut umur sewajarnya. Perhatikan apa kekuatan seseorang individu itu, adakah  dari cara timbang bolanya, kepantasannya, targetnya atau ketepatannya.

Beliau juga tidak akan segan-silu untuk menjadikan Kampung Besut ini sebagai pusat akademik sepak takraw di peringkat kampung yang menjadi tempat menyalurkan pemain-pemain Malaysia yang bertaraf dunia satu masa nanti.

Beliau berharap agar sukan ini dapat menyatukan hati, menguatkan semangat sekaligus membina watak-watak kepimpinan yang baik melalui pelbagai aktiviti kesukanan. Selaras dengan ucapan itu, beliau merasmikan Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Kemaman 2013.


0 comments:

Post a Comment