Kompleks Tekstil Kijal Jana Ekonomi Setempat
Kompleks Tekstil terbesar di Kijal membuktikan kecekapan kerajaan negeri di bawah pimpinan Barisan Nasional berjaya dalam membantu meningkatkan taraf hidup penduduk setempat. Sebanyak 37 anggota Persatuan Industri Kecil China (PITC) dari syarikat tekstil dari Guangzhou melabur RM500 juta untuk menjalankan perniagaan di kompleks tersebut.
PITC akan menjadikan Bandar Baru Kijal sebagai hab tekstil terbesar di Asia Tenggara. Syarikat berkenaan juga akan membina sebuah lagi bangunan reka bentuk yang sama dengan kompleks tekstil sedia ada. Ini sudah pasti akan merancakkan lagi pembangunan di Kijal.
Para pelabur dari China ini juga akan membawa masuk pelbagai lagi produk yang dihasilkan oleh mereka untuk dipasarkan di Kijal. Syarikat tekstil dari China yang sebelum ini berpengkalan di Singapura akan memindahkan operasinya di Kijal dan seterusnya menjadikan kawasan Bandar Baru Kijal sebagai hab tekstil negara.
Pengerusi PITC, Dai Bing Nam menyatakan bahawa kesediaan kerajaan negeri dalam memberi prasarana kemudahan menyebabkan syarikat beliau tertarik untuk melabur. Tempatnya yang berdekatan dengan Teluk Kalong juga memudahkan syarikatnya untuk mengeskport barangan tekstil tersebut terus dari China.
Kompleks ini dijangka akan memberi impak yang besar buat para peniaga. Ini adalah kerana kerajaan memberi kemudahan yang khusus buat para peniaga dan penduduk di Pantai Timur untuk mendapatkan pelbagai bahan berasaskan tekstil yang bermutu. Projek ini boleh diklasifikasikan sebagai projek jangka masa panjang yang memberi keuntungan kepada pihak berkenaan.
Para peniaga tidak perlu lagi pergi ke tempat yang jauh untuk mendapatkan barangan berasaskan tekstil serta kain yang bermutu kerana kerana semuanya telah tersedia di kompleks berkenaan. Perancangan projek ini bukan sahaja memberi jaminan buat peniaga tekstil malah membantu menjana ekonomi negara.
Dengan adanya kompleks ini, limpahan ekonomi pasti akan dirasai oleh rakyat Terengganu khususnya orang Kemaman. Bukan setakat boleh dapat kain yang murah dan berkualiti malah, peluang pekerjaan buat anak tempatan juga terhidang luas.
-AZ-

0 comments:
Post a Comment