#PRU13 #P040 #GE13 : Anak Muda Bersama Calon Parlimen Kemaman


Anak muda sokong BN..!! itulah laungan anak muda dari Kampung Bukit Teruna, Kijal, Kemaman dalam satu program yang di adakan. Program yang dirasmikan oleh Calon Parlimen Kemaman Shabery Cheek disambut meriah oleh anak muda yang hadir.

Sambutan bermula dengan paluan gendang silat dan persembahan silat yang dipersembahkan oleh anak muda Kampung Bukit Teruna. Program Malam Kebudayaan Kampung Bukit Teruna merupakan satu acara khas untuk kempen PRU 13 disamping menggalakkan aktiviti anak muda sepanjang kempen.

Dalam ucapan Calon Parlimen Kemaman, beliau menyatakan bahawa Kampung Bukit Teruna merupakan kubu kuat BN dan mempunyai lebih kurang 500 pengundi. Beliau juga yakin pengundi di Kampung Bukit Teruna pasti akan memberi undi kepada BN dan memberi sokongan penuh kepada kerajaan BN.

Anak muda Kampung Bukit teruna yang begitu aktif dengan kebudayaan mempersembahkan dikir barat khas untuk calon Parlimen Kemaman. Dikir barat yang dinyanyikan secara spontan mencuit hati Shabery Cheek dan tetamu yang hadir.

Dalam lirik dikir barat yang disampaikan secara spontan, si tukang karut memberikan ayat-ayat yang bermaksud anak muda sentiasa akan menyokong calon Parlimen Kemaman. Mereka juga bersyukur dengan kemudahan dan kemajuan yang dibawakan oleh kepimpinan BN di kampung mereka.

-papa-

0 comments:

Post a Comment