#PRU13 #P040 #GE13 !!! Negara Akan Ditimpa 'Bencana' Jika pembangkang Terajui - Shabery


Malaysia akan ditimpa 'bencana' perebutan kuasa sekiranya Pakatan Rakyat (PR) diisytihar mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Calon Barisan Nasional kerusi Parlimen Kemaman,Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata sekiranya PR diberi mandat mentadbir negara,perebutan kuasa akan berlaku sehingga menyebabkan parti itu kucar-kacir.diatas sebab kabinet bayangan sehingga kini belum dijelaskan. 

"Kalau ini berlaku (pembangkang tadbir),'bencana' besar akan berlaku kepada negara kerana isu yang menjadi isu besar ini bukan lagi soal pembangunan, bukan lagi soal kemajuan tetapi soal perebutan kuasa oleh ketiga-tiga parti itu. "Mereka akan berebut jawatan Perdana Menteri.Sampai sekarang tidak jelas berhubung jawatan di dalam kabinet bayangan yang dikatakan oleh pihak pakatan," katanya kepada pemberita pada sidang media di Bangunan UMNO Bahagian di sini, hari ini. 

Beliau turut berkata perkara itu sudah dijangka bahawa PR akan tertekan dengan soal perebutan kuasa. "Banyak kerusi yang dipertandingkan berlaku tiga penjuru kerana Pas dan PKR berlawan sesama sendiri. "Ini merupakan bukti. Jika belum berkuasa, mereka tidak dapat menyelesaikan, bayangkan jika kuasa diberikan kepada mereka," tegasnya.

0 comments:

Post a Comment