Wakil Rakyat Harus Cakna Permasalahan Rakyat
Antara yang hadir ialah calon Barisan Nasional Parlimen Kemaman, Ahmad Shabery Cheek, bersama calon Dewan Undangan Negeri Air Putih, Tuan Haji Wan Hasyim Tan Sri Wan Mokhtar.
Dalam ucapannya, Shabery Cheek berkata Perasing Jaya suatu ketika dahulu adalah sangat jauh dari pusat pembangunan, iaitu Terengganu dan agak sukar untuk mendapat sebarang inisiatif bantuan sama ada dari segi pembangunan, perairan dan sebagainya. Walaubagaimanapun, kini penduduk setempat boleh tersenyum lega kerana mereka telah mendapat pelbagai kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.
Ujarnya lagi, pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung(JKKK) seharusnya memantau semua perkara berkenaan dengan kebajikan masyarakat. JKKK ialah mata dan telinga kerajaan, jadi haruslah sentiasa prihatin dan cakna dengan segala aduan rakyat. Katanya lagi, keperluan rakyat tidak harus dipandang enteng, segala permasalahan haruslah diselesaikan secepat mungkin.
Suatu ketika dahulu, Perasing Jaya juga tidak mempunyai kemudahan air dan perkara ini amat menyusahkan penduduk setempat. Mereka terpaksa membeli bekalan air bersih dari Kuantan atau Cheneh. Ianya bukanlah perkara yang mudah kerana faktor perjalanan yang jauh membuatkan penduduk berfikir panjang.
Kini, mereka tidak perlu lagi bersusah mencari air kerana kerajaan telah menyediakan kemudahan bekalan air bersih yang mencukupi. Ini adalah salah satu usaha Barisan Nasional yang menampakkan kesungguhan bagi memastikan rakyatnya tidak terabai. Selain itu, berkat usaha Tuan Haji Hasyim berjumpa dengan Kementerian Luar Bandar, Datuk Shafie Apdal akhirnya membawa rahmat apabila rakyat mendapat sumber air secara berterusan.
Beliau juga berasa terkilan kerana sepanjang pemerintahan PAS, mereka tidak melakukan apa-apa perubahan demi rakyat. Tiada pembangunan, tiada bantuan, dan tiada inisiatif yang diambil bagi membela rakyat.
Jadi, dari mana mereka menyatakan dengan bersungguh-sungguh mahu menjayakan sebuah negara berkebajikan? Peluang yang diberikan suatu ketika dahulu dipersia-siakan. Diharapkan agar rakyat tidak akan memberi laluan kepada PAS jika tidak mahu apa yang berlaku satu ketika dahulu menjadi satu sejarah yang berulang.
Beliau sempat mengulas mengenai kenyataan Haji Hadi yang secara terang-terangan menyatakan calon dari Parti Keadilan Rakyat terdiri daripada pengedar pil kuda. Di mana rasionalnya seorang ulama menyatakan perkara yang boleh 'membunuh' parti sendiri?
Jelas disini, kriteria calon dari Pakatan Rakyat adalah tidak berwibawa. Ini jelas memperlihatkan bahawa Haji Hadi tidak mahu Anwar Ibrahim khususnya memenangi kerusi dalam PRU pada kali ini. Jika tidak, beliau tidak akan mengeluarkan kenyataan yang memperlekehkan parti.
Beliau menyeru agar rakyat bijak dalam membuat penilaian dan memilih parti yang cenderung ke arah kebajikan rakyat. Beliau sempat berpantun yang berbunyi, "kalau hendak mencari tempat mandi, yang pertama, teluk, kedua pantai, jika ingin mencari pemimpin yang berbudi, carilah yang pertamanya elok budi pekerti, dan keduanya bijak pandai dalam mentadbir.
Oleh kerana itu, Barisan Nasional akan terus membawakan calon yang berwibawa khas demi menjaga rakyat. Tegasnya lagi, kita tidak boleh sewenang-wenangnya menyerahkan Kemaman kepada orang yang tidak bertanggungjawab. Yang tidak boleh turun padang jika berlaku bencana alam seperti yang banjir yang lalu, dimana mereka tidak hadir menghulurkan sebarang bantuan.
-AZ-
0 comments:
Post a Comment