#PRU13 #GE13 #P040 : Maksud Sebenar I Love Kemaman - Shabery Cheek

Satu gelombang baru yang wujud di Kemaman ialah laungan "I Love Kemaman" yang sentiasa melekat di mulut-mulut pemimpin BN di Kemaman terutama sekali Calon P040 Parlimen Kemaman, Ahmad Shabery Cheek. Baju-baju kempen juga dicetak dengan perkataan I Love Kemaman.

Apakah yang dimaksudkan dengan ayat I Love Kemaman tersebut? Calon Parlimen Shabery Cheek menjelaskan maksudnya di setiap ceramah kempen yang dihadirinya. Sudah pasti akan menyedarkan rakyat betapa pentingnya memberi undi kepada Barisan Nasional.

"Maksud I Love Kemaman adalah sama sepertimana kita 'love' anak kita iaitu menyanyangi anak kita sendiri sedari lahir hingga dewasa".

Mengapa kita perlu menyayangi anak kita? Jawapannya mudah sahaja. Sejak lahir, kita menjaga anak kita dengan memberi kasih sayang dan membesarkan anak kita dengan memberi ilmu yang penuh di dada dan berjaya menjadi orang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Itulah konteks sebenar perkataan "I Love Kemaman" di mana rakyat perlu sedar bahawa kerajaan Barisan Nasional yang sejak dari dahulu lagi membina sebuah tamadun yang hebat sehingga kini dengan menjadikan sebuah negara yang maju dan dikenali seluruh dunia.

Oleh itu, rakyat perlu memilih kerajaan Barisan Nasional dan sayangilah kepimpinan yang sejak dari dahulu terbukti membangunkan negara Malaysia. Tidak sayangkah anda kepada kerajaan BN yang sejak dari dahulu membela nasib rakyat?

Itulah yang dimaksudkan dengan perkataan 'I Love Kemaman' di mana kita perlu sayangkan kerajaan BN seperti mana kita menyayangi anak-anak kita yang kita jaga dan asuh sejak kecil lagi. Sanggupkah anda memberi anak anda yang sudah berjaya kepada orang lain?

Sudah semestinya anda tidak mahu anak anda diambil orang. Begitu juga dengan konteks yang dibawa dalam perkataan 'I Love Kemaman'. Sanggupkah anda membiarkan kemaman dirampas oleh pembangkang sedangkan Kerajaan BN yang memajukan Kemaman sejak dari dahulu lagi.

Rakyat Kemaman perlu sedar kredibiliti kerajaan BN pasti akan terus menunjukkan lonjakan kenaikan graf servis kepada rakyat. Kepimpinan kerajaan BN sudah pasti akan menjadi kerajaan yang sentiasa membela rakyat dan memastikan rakyatnya sentiasa hidup dalam keadaan yang sempurna.

-papa-

0 comments:

Post a Comment