"TRANSFORMASI BN TERENGGANU" - Pembangunan Pesat Di Felda Neram Satu


Seperti yang selalu dilaungkan oleh semua pemimpin BN di Malaysia, transformasi atau perubahan yang telah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional turut diterima oleh penduduk di Felda Neram Satu, Kemaman. Prinsip "janji ditepati" kerajaan Barisan Nasional sememangnya memberi pembangunan yang pesat untuk penduduk Felda Neram satu.

Tidak mustahil satu hari nanti felda akan menjadi sebuah bandar terancang seperti Putrajaya. Semakin hari semakin meningkat taraf hidup penduduk felda di Malaysia. Pembangunan yang telah dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional sememangnya harus dibanggakan.

Penduduk di Felda Neram Satu sememangnya akan memberikan kepercayaan penuh kepada Barisan Nasional. Ini adalah kerana BN telah membuktikan kemampuan kepimpinannya untuk membawa kemajuan kepada penduduk felda.


Pembangunan yang harus dibanggakan penduduk Felda Neram Satu ialah pembinaan perumahan yang baru untuk penduduk felda. Lebih kurang sebanyak 105 buah rumah untuk generasi baru di felda Neram Satu. Projek tersebut dijangkakan akan siap pada hujung 2013 ini.

Turut dibina kemudahan asas seperti surau, pencawang elektrik dan menara tangki air untuk memenuhi keperluan harian penduduk di perumahan yang baru dibina. Projek kerajaan Barisan Nasional yang sedang rancak dibina adalah bukti transformasi telah berlaku di Felda Neram Satu.

Oleh yang demikian, sudah pasti penduduk Felda Neram Satu akan memberikan sokongan penuh kepada BN kerana BN bukan sekadar menabur janji, malah mengotakan janji kepada rakyat. Pembangunan felda adalah bukti transformasi hebat yang berlaku di Felda Neram Satu.

-papa-

0 comments:

Post a Comment