Shabery Cheek Calon Berwibawa Pastikan Kemaman Terus Maju

Nama Dato' Sri Ahmad Shabery bin Cheek sudah tidak asing lagi dalam kalangan penduduk di Parlimen Kemaman ini. Beliau adalah Ketua UMNO cawangan Gong Cengal dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kemama.

Dalam politik Terengganu, beliau dilihat berpotensi melonjak naik ke peringkat persekutuan mewakili Terengganu . Pemimpin lain yang sejajar dengan beliau ketika itu ialah Datuk Abdul Rahman Bakar. Beliau juga pernah menjadi Ketua Penerangan UMNO Terengganu.


Pada 2004, beliau memenangi kerusi Parlimen Kemaman mengalahkan penyandang dari Parti Keadilan Nasinal, Abdul Rahman Yusof. Manakala dalam Pilihanraya Umum 2008, beliau telah bertanding merebut kerusi dengan Mohd Fariz bin Abd Talib, calon dari PKR dengan menggunakan tiket Barisan Nasional di parlimen Kemaman dan memenangi kerusi di parlimen terbabit.

Semenjak menjadi wakil pemimpin di Parlimen Kemaman, beliau telah membawa banyak perubahan kepada masyarakat setempat. Kemaman yang dahulunya tiada apa-apa kini telah memperlihatkan banyak kemajuan bukan sahaja dari aspek pembangunan, malahan juga pentadbiran.

Beliau berjaya menambat hati penduduk setempat dengan caranya yang tersendiri. Penduduk sekitar berpuas hati dengan cara beliau bekerja dan menyokong penuh kepimpinan beliau. Ini jelas kelihatan dalam pelbagai program yang diatur.

Berdasarkan sejarah penglibatan beliau dalam bidang politik, PRU pada kali ini pasti akan menang lagi. Dedikasi dan kepimpinan beliau telah membuktikan beliau layak untuk menjadi Ahli Parlimen Kemaman untuk sepenggal lagi.

Jadi, warga Kemaman haruslah keluar mengundi hari mengundi nanti, dan pilihlah calon yang terbaik demi kelangsungan masyarakat setempat. Yakini BN, masa depan terjamin.

-AZ-

0 comments:

Post a Comment