Shabery Cheek : Golongan Belia Berpihak Kepada Kerajaan
Golongan belia kini dilihat lebih memihak kerajaan ekoran pelbagai inisiatif serta perubahan dibuat kerajaan bagi golongan tersebut.Bekas Menteri Belia dan Sukan,Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kebangkitan golongan belia untuk melihat perubahan yang besar untuk masa depan dapat dilihat selepas program yang dikaitkan anak muda mendapat sambutan menggalakkan.
"Saya rasa kebangkitan golongan belia kini berlaku diseluruh negara. Segala program yang dikaitkan anak muda mendapat sambutan yang memberangsangkan," katanya kepada pemberita ketika membuat sidang media selepas selesai menyerahkan borang penamaan calon di Dewan Majlis Pembandaran Kemaman disini, hari ini.Jelas beliau,pengundi luar yang sebelu ini menjadi punca kekalahan di beberapa kawasan di Terengganu dan Kelantan kini dilihat sebagai potensi ekoran fikiran golongan tersebut bersifat nasional.
"Kalau dahulu mereka bimbang ada pengundi luar akan menjadi punca kekalahan dibeberapa tempat di Terengganu dan Kelantan, tetapi pengundi luar yang akan menjadi faktor penyebab kepada pengundi kerana pengundi luar tidak bergantung kepada khidmat yang diberikan oleh pemimpin di tempat itu,sebaliknya mereka berfikiran nasional untuk masa depan negara ," katanya.
Beliau yang merupakan calon BN di Kemaman menegaskan bahawa pengundi luar yang terdiri daripada golongan belia akan memberikan kesan yang positif kepada BN selepas banyak janji-janji BN ditunaikan untuk golongan itu.
"Saya rasa pengundi luar akan memberikan kesan positif kepada BN termasuk mereka (pengundi luar) yang berkerja di Lembah Klang,Universiti dan diluar tempat mereka."Ini adalah kebangkitan yang dapat kita lihat disamping faktor pengundi-pengundi muda yang sedia ada yang dapat kita lihat. Misalnya di Kelantan itu sendiri, ramai masyarakan sudah merasakan bosan kerana sudah berpuluh tahun tiada janji yang direalisasikan dengan baik," ujarnya.
Ketika ditanya mengenai kegagalan pemimpin PAS Kelantan memajukan negeri selepas mentadbir selama 28 tahun,beliau menegaskan negeri Kelantan akan berlaku satu perubahan yang besar selepas PRU13 kali ini selepas negeri itu dilihat tidak menepati janji kepada rakyatnya.
"InsyaAllah akan berlaku satu perubahan yang besar. Bukan sahaja di Kelantan tetapi di negeri-negeri (pembangkang) juga dimana rakyat ingin melihat perubahan."
"Kalau di Kelantan mereka bosan dengan janji kosong sehingga (disifatkan) kemunduran, tiada inisiatif baru dan anak muda khususnya peka dengan isu-isu alam sekitar yang teruk di Kelantan berbanding isu-isu alam sekitar di tempat lain," katanya.
Disamping itu, beliau turut menasihatkan golongan muda supaya tidak akan memberikan sokongan kepada parti pembangkang yang tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya hanya menambah masalah kepada masyarakat.
"Anak muda sepatutnya sedar bahawa isu seperti ini dilihat memberikan sokongan padu kepada pembangkang tidak akan memberikan kebaikan," ujarnya.
Sumber
Sumber
0 comments:
Post a Comment