2000 Peserta Sertai Kayuhan Cinta Kemaman

Budaya berbasikal nampaknya semakin menarik perhatian pelbagai lapisan masyarakat tidak mengira umur. Begitu juga dengan rakyat Kemaman yang tidak ketinggalan mengamalkan cara hidup sihat dengan berbasikal dan ianya menjadi satu hobi di masa lapang.


Hari ini kita dapat lihat betapa meriahnya sambutan program Kayuhan Cinta Kemaman. Lebih dua ribu orang telah hadir menjayakan program ini. Program kayuhan yang bermula seawal jam 7 pagi di Padang Astaka disambut ceria oleh penduduk setempat.

Rata-ratanya menunjukkan riak wajah yang ceria dan penuh bersemangat begitu juga dengan pemimpin-pemimpin yang turut serta. Masing-masing kelihatan teruja dan begitu bersungguh-sungguh untuk sampai ke lokasi terakhir konvoi kayuhan.

Turut menyerikan acara Kayuhan Cinta Kemaman ialah Calon Barisan Nasional Parlimen Kemaman, Ahmad Shabery Cheek. Turut bersama-sama beliau ialah Calon DUN Chukai, Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid dan DUN Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar.

Kayuhan sejauh 20 kilometer mengelilingi bandar Chukai dan kampung sekitarnya ini berjalan dengan lancar walaupun terdapat sedikit provokasi daripada penyokong parti lawan ketika konvoi melalui Kampung Mak Chili.

Walaubagaimanapun tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku. Parti lawan hanya dilihat cuba untuk menarik perhatian peserta konvoi yang sememangnya penyokong tegar Barisan Nasional. Namun demikian, semua peserta konvoi tidak menghiraukan provokasi berkenaan.

Jelaslah bahawa rakyat menyokong penuh kepimpinan Barisan Nasional berdasarkan penyertaan dalam program yang direncanakan oleh Barisan Nasional. Kayuhan Cinta Kemaman ini adalah salah satu bukti bahawa rakyat masih memerlukan Barisan Nasional dalam mentadbir Parlimen Kemaman.

-AZ-

0 comments:

Post a Comment