Shabery Terkenal Dengan Program Pelik - Datuk Hattan

Program Kayuhan Cinta Kemaman yang berlangsung pada pagi tadi menyaksikan lebih 2000 anak muda menyertai program berkenaan.

Salah seorang peserta program, Datuk Hattan yang turut serta menyerikan program menyifatkan Datuk Shabery Cheek ialah seorang yang pelik kerana sebelum ini di Putrajaya, beliau turut mengadakan satu program berbasikal mengelilingi Putrajaya dan ramai menteri kabinet turut serta menjayakan amalan gaya hidup sihat tersebut.



Bagi Datuk Hattan, amalan gaya hidup sihat seperti aktiviti berbasikal yang ditekankan oleh Kementerian Belia dan Sukan khasnya melalui Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ialah satu kesinambungan yang sangat bagus dalam melahirkan atlet yang berdaya saing.

Ujarnya lagi, Terengganu ialah negeri yang melahirkan ramai atlet yang berkemahiran tinggi dalam bidang sukan. Antaranya ialah pelumba kelahiran Terengganu, Azizulhasni Awang yang juga seorang pelumba basikal trek profesional Malaysia.

Datuk Hattan juga teruja dengan penyertaan ramai golongan muda di Kemaman ini. Tambahnya, tidak ramai orang yang terfikir untuk mengadakan aktiviti riadah yang berfaedah sekaligus mengelakkan aktiviti yang tidak sihat dalam kalangan belia.

Bagi Hattan, acara ini adalah satu daya tarikan yang dapat mempromosikan Terengganu, khasnya Parlimen  Kemaman memandangkan tahun 2013 ini ialah Tahun Melawat Terengganu.

Selain itu, program kayuhan ini juga boleh mengajak masyarakat setempat untuk mencapai taraf hidup yang lebih sihat dengan melakukan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh, tidak hanya semata-mata dengan berbasikal. Beliau sendiri mengamalkan aktiviti berbasikal ini hampir setiap minggu kerana baginya ketika masih cergas beliau harus menjaga kesihatannya.

Beliau mengucapkan tahniah kepada calon Barisan Nasional Parlimen Kemaman, Ahmad Shabery Cheek kerana berjaya mengumpul lebih 2000 orang peserta kerana ianya bukanlah satu perkara yang mudah untuk mengumpul rakyat.

Sambutan yang begitu hebat menyemarakkan lagi semangat Hattan sendiri kerana dalam hanya tempoh tiga hari, semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur bersama-sama menjayakan program ini.

-AZ-

0 comments:

Post a Comment