Pembangkang Akan Timbulkan Lebih Banyak Keraguan Tentang Keputusan PRU13 - Shabery Cheek


Dalam satu temuramah bersama Calon BN Parlimen Kemaman, Shabery Cheek apabila disoal mengenai isu dakwat kekal yang ditimbulkan pembangkang selepas pengundian awal pasukan keselamatan negara, beliau memberi sedikit kenyataan berkaitan dengan perkara tersebut.

"Saya sudah menjangkakan bahawa akan ada lebih banyak lagi perkara bagi tujuan untuk menimbulkan ragu terhadap keputusan pilihanraya".

Pembangkang yang tagihkan kemenangnan dalam PRU tidak akan menerima hakikat bahawa Pakatan Rakyat akan kalah dalam Pilihanraya yang akan datang. PR akan membuat kenyataan-kenyataan bahawa mereka kalah bukan kerana rakyat, sebaliknya mereka kalah kerana perkara-perkara taknikal seperti penggunaan dakwat kekal.

Menurut Shabery Cheek, sejarah pilihanraya pada tahun 2004, PAS telah kalah di Terengganu dan PAS telah mengemukakan patisyen selama dua minggu selepas Pilihanraya, tiada satu pun yang PAS dapat buktikan ada seorang pengundi yang mengundi di dua tempat yang berbeza.

Lebih banyak lagi pembohongan Pakatan Rakyat yang rakyat boleh lihat seperti contoh kes Anwar Ibrahim yang dikaitkan dengan racun arsenik dan dijangkiti HIV, namun sehingga kini masih tiada bukti kenyataan yang berkaitan Anwar ibrahim.

Shabery Cheek jugak mencabar Nurul Izzah agar membuat repot polis sekiranya benar kes dakwat kekal yang didakwa sebelum ini dilihat tidak telus. Beliau juga meminta agar Nurul Izzah mengemukakan saksi dan bukti untuk membuat pendakwaan.

-papa-

0 comments:

Post a Comment