PAS Dan PKR Berbalah Kerana Pil Kuda - Shabery Cheek


"Dalam Pakatan Rakyat pun mereka berbalah sesama sendiri. Tiada persepakatan yang ditunjukkan kepada rakyat. Bagaimana hendak mentadbir negaran kalau begitu sikap mereka?"

Antara satu hujah dari calon Parlimen Kemaman, Ahmad Shabery Bin Chik dalam satu ucapan beliau di PDM Kampung Baru, Felda Neram 1. Shabery Cheek menekankan agar masyarakat Felda Neram 1 agar menolak pakatan rakyat kerana mereka tidak akan mampu untuk mentadbir negara.

Berikutan Calon PKR yang dikatakan pengedar pil kuda tidak layak untuk dicalonkan,PAS meletakkan calon dari PAS dan bertelagah sesama Pakatan Rakyat kerana PAS tudak bersetuju dengan calon yang diletakkan oleh PKR.

Apa yang dapat dilihat,sekiranya PAS dan PKR merupakan satu pakatan yang sepakat, sudah tentu tiada pencalonan dari dua parti pembangkang atau berlawan dengan sesama mereka. Pertelagahan yg ada di dalam parti pembangkang dilihat sebagai contoh betapa lemahnya pentadbiran Pakatan Rakyat.

"Kenapa Haji Hadi Awang tidak berbincang dahulu dengan Anwar Ibrahim soal pencalonan? Kenapa harus terjadinya pertandingan kerusi  PKR dan PAS? sepatutnya Pakatan Rakyat hanya meletakkan seorang sahaja calon untuk bertanding dengan BN."

Jelas apa yang kita nampak, laungan persepakatan dalam pakatan rakyat hanya laungan kosong sahaja. mereka juga bertelagah sesama sendiri. Sepatutnya pemimpin PAS dan PKR harus berbincang untuk jalan penyelesaian. Tetapi menghairankan apabila mereka langsung tidak berbincang.

Oleh itu, rakyat diseru menyokong Barisan Nasional kerana kestabilan parti politik BN di Malaysia sudah terbukti dan diiktiraf dunia.

-papa-

0 comments:

Post a Comment