Kayuhan Cinta Kemaman Jelajah Tiga Kampung Bersama Shabery Cheek

Seperti yang diketahu oleh semua rakyat Kemaman, Calon Parlimen, Ahmad Shabery Cheek amat gemar berbasikal. Kali ini aktiviti berbasikal bersama anak muda diteruskan lagi secara santai menjelajah tiga buah kampung di bawah Parlimen Kemaman.

Tiga kampung yang dilalui ialah Kampung Geliga, Kuala Kemaman dan Kampung Fikri. kayuhan yang bermula di Kompleks Rakan Muda Kemaman disertai lebih 200 peserta. Semua peserta berbasikal atas semangat sayangkan Kemaman dan Perjalanan dianggarkan lebih kurang 23Km.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang insiden yang tidak dingini berlaku sepanjang penjelajahan konvoi berbasikal berlangsung. Tida provokasi dari parti pihak lawan dan semuanya berjalan dengan lancar.

Tujuan konvoi diadakan ialah untuk kesihatan dan Calon Parlimen dapat bertemu dengan penduduk kampung-kampung yang dilalui oleh peserta konvoi. Rata-rata penduduk kampung yang bersantai di tepi jalan melambaikan tangan kepada pasukan konvoi menunjukkan tanda sekongan kepada pemimpin BN.

Walaupun Shabery Cheek sibuk berkempen, beliau masih sempat untuk berbasikal dengan rakyat. Kiranya sambil berbasikal, badan pun sihat. Sambil-sambil itu, boleh lah juga berkempen walaupun sambil berbasikal. Lihatlah kesungguhan beliau untuk memastikan BN menang di kemaman pada kali ini.

Contoh seperti ini adalah yang terbaik untuk semua calon-calon pada PRU yang bertanding pada kali ini. Berkempen bukan hanya dengan menghadiri majlis-majlis tertentu, malah dalam berbasikal menjaga kesihatan jugak, calon masih boleh berkempen dan mendekati rakyat.

-papa-

0 comments:

Post a Comment