Sokongan Anak Muda Pada Pemimpin Kita Diluahkan Melalui Blog Peribadi


Dalam sedar tidak sedar, ada juga anak muda yang sanggup meluahkan sokongannya menyokong kepimpinan Barisan Nasional di dalam sebuah blog. Luahannya dilihat sangat ikhlas dan admin yakin masih ramai yang menyokong walaupun tidak disematkan di dalam blog ataupun surat.

Blog yang diberi nama Aien Hermionie merupakan blog peribadinya. Luahannya amat menyentuh hati dan penuh dengan jiwa patriotik sayangkan tanah air. Aien juga ada menulis sepotong doa khas untuk calon Parlimen Kemaman, Ahmad Shabery Cheek.
Lihatlah betapa sayangnya Aien kepada kepimpinan Calon Parlimen Kemaman Shabery cheek. Doa yang ditulis juga amat menyentuh hati admin dan admin bagi pihak Parlimen Kemaman sangat menghargai cara Aien meluahkan isi hati patriotik di dalam blog peribadinya.

Admin berharap sekiranya masih ada blogger-blogger yang ingin meluahkan isi hati dan pendapat serta sokongan kepada BN Kemaman, ianya amat dialu-alukan dan hantar artikel anda di FACEBOOK PARLIMEN KEMAMAN P040.

Sama-sama kita menyokong kepimpinan Calon Parlimen Kemaman sekiranya anda sayangkan Kemaman. Sesungguhnya Barisan Nasional sudah banyak berjasa kepada rakyat kemaman dengan membela nasib semua rakyatnya..

KLIK SINI untuk lihat luahan hati patriotik aien yang sayangkan kemaman.

-AZ-

0 comments:

Post a Comment