Shabery Cheek Tidak Lupa Golongan Nelayan

KEMASEK - Cuma ada tempoh dua hari sahaja lagi tempoh berkempen bagi Calon Barisan Nasional Parlimen Kemaman kita, Ahmad Shabery bin Cheek untuk turun padang berkempen sekitar Parlimen Kemaman. Pagi tadi beliau telah pergi berkempen di perkampungan nelayan di sekitar Kemasek.

Ahmad Shabery yang sememangnya cukup ramah dan berjiwa rakyat amat disenangi oleh penduduk sekitar yang rata-ratanya adalah nelayan. Mereka teruja menyaksikan kedatangan Ahmad Shabery Cheek yang hadir untuk berjumpa mereka.

Kedatangan beliau disambut dengan penuh keceriaan. Berikut disertakan gambar-gambar lawatan beliau bersama para nelayan setempat.

Sambutan yang diberikan oleh nelayan setempat jelas memperlihatkan keterujaan mereka berjumpa dengan calon Barisan Nasional Perlimen Kemaman, Ahmad Shabery Cheek. 
Ahmad Shabery Cheek yang sememangnya terkenal dengan sifat ramahnya berbual mesra dengan penduduk setempat.

FOKUS: Calon kita fokus mendengar bicara seorang pak cik yang asyik bercerita. 

Seorang nelayan menunjukkan hasil tangkapan ikan yang diperolehi.

Ahmad Shabery bertanya tentang hasil tangkapan yang diperolehi. Ehem-ehem, boleh dah tu borong sikit-sikit. 

Ralit(fokus) nampaknya pak cik nelayan mendengar luahan bicara pemimpin kita. Terik ning pasti calon kita kekal mentadbir Parlimen Kemaman. Cayalah! #BetterNation

Semoga Pilihanraya Umum ke-13 kali ini bakal memperlihatkan kemenangan besar buat barisan kepimpinan Barisan Nasional. Rakyat sudah tidak sabar untuk memastikan Barisan Nasional kekal mentadbir negara demi kesejahteraan rakyat dan keamanan negara.

#YakiniBN #TolakPR #BetterNation

-AZ-

0 comments:

Post a Comment